Tuesday, March 24, 2009

Al Fatihah

Telah Kembali Ke Rahmatullah

Nurul Izzati Abdul Aziz
10 Julai 1979 -20 March 2009

Wednesday, March 18, 2009

A Sad Story With A Beautiful Ending

Kisah ini diceritakan oleh my mother a.k.a nenek, kisah mengenai seorang wanita yang ditempatkan di sebelah katil akak Izzati. Sewaktu nenek menceritakan kisah ini bergenang air mata nenek. Walaupun dah lama kisah ini berlaku (lebih kurang 3 minggu yang lalu, tetapi once in a while mama akan teringat dan flashback balik ~sigh~ wanita ini masih muda lagi usianya beliau dilahirkan dalam tahun 1982 dan disahkan mempunyai penyakit yang sama dengan akak izzati iaitu kanser payudara. Wanita ini hanya dapat mengesan yang beliau mempunyai sel kanser di dalam tubuh sewaktu hamil 3 bulan. Doktor yang memantau kehamilan beliau menyarankan agar menggugurkan kandungannya. Tetapi mana mungkin seorang ibu mampu menggugurkan kandungan yang telah disayanginya (itulah berharganya kasih ibu sudah jatuh cinta dengan anaknya meskipun belum bertemu lagi). Wanita ini meneruskan proses kehamilan yang penuh dengan risiko, alhamdullilah meskipun berisiko anak tersebut sihat dan selamat dilahirkan. Sebaik sahaja wanita ini bersalin, beliau terus menerima rawatan untuk membuang sel kanser di dalam tubuhnya. Payudaranya dibuang dan bermulalah kemoterapi yang penuh dengan kesakitan. Sering kali dia muntah, sampai ke tahap badannya menjadi begitu lemah. Demi untuk sebuah kehidupan beliau teruskan juga rawatan ini. Alhamdullilah wanita ini dianugerahkan dengan seorang suami yang penyayang dan prihatin. Menurut nenek setiap hari suaminya akan datang dan menjaganya. Sewaktu badannya lemah dan tidak mampu ke bilik air, si suamilah yang memakai dan membuangkan lampinnya. Si suami juga turut menyuapkan makanan dan minuman ke mulutnya. Kasih sayang suaminya tidak pernah pudar meskipun dirinya sudah tidak secantik dulu (pesakit kemoterapi akan keguguran rambut dll). Ada kalanya si suami akan membawa hasil cinta (anak) mereka ke hospital untuk melawat ibu tercinta. Nenek begitu terharu sekali apabila melihat si suami membawa beg lampin, membancuh susu dan menggendong anak yang masih bayi itu (berusia 4 bulan). Sekali sekala bayi tersebut diletakkan di atas katil ibunya agar si ibu dapat menghilangkan rasa rindu. Sewaktu si suami ingin menukarkan baju atau lampin isterinya bayi itu akan diberikan kepada jururawat sebentar untuk dijaga. Begitulah rutin seharian si suami yang setia menjaga isterinya yang sedang sakit. Pada malam 27 Februari si isteri merayu agar suaminya datang pada malam itu agar dapat dibacakan yassin untuknya (lelaki tidak dibenarkan berada di wad wanita setalah jam 8 malam). Si suami datang bersama keluarga dan anaknya. Pada malam tersebut suaminya membaca yassin dan sentiasa berada di sisi isterinya. Kepala isterinya diletakkan di atas lengannya dan sekali sekali akan dikucup dahi isterinya. Andai si suami ingin bangun pasti kedengaran suara si isteri “abang…abang mana” si isteri tidak mahu berenggang walaupun sesaat, seolah-olah dia tahu itulah masa terakhir beliau dapat bersama dengan suaminya. Sewaktu si isteri menarik nafas dalam, tercungap-cungap untuk bernafas, si suami sentiasa mengingatkan si isteri agar menyebut kalimah Allah. Akhirnya pada malam jumaat wanita/si isteri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan semua orang yang disayangi iaitu suaminya, anaknya dan bapanya (ibu dan kakak beliau telah meninggal dunia akibat penyakit yang sama - kanser payudara). Sedihnya…anak yang masih tidak mengerti apa-apa kehilangan seorang ibu yang penyayang, si suami kehilangan cintanya dan si ayah tidak lagi dapat merasai kasih anaknya. Tetapi indahnya beliau dapat meninggalkan dunia ini dalam keadaan dia dapat menyebut kalimah Allah, dalam redha suaminya dan di hadapan orang yang disayanginya. Di dalam hati ini tertanya bagaimanakah nanti waktu-waktu terakhirku?
p/s akak izzati masih berada di hospital dan keadaanya makin lemah....I wish I could see her

Birthday Wish Tag - From Ida

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) post the image of this award to your posting
4) give it to 10 frens of yours


ok here goes...my birthday wish

1.Allah anugerahkan kesihatan yang baik buat diri mama, abah, anak-anak dan semua orang yang disayangi
2 . Allah panjangkan umur mama dan abah agar kami dapat membesarkan anak-anak kami sehingga mereka boleh berdikari sendiri.
3. Allah murahkan rezeki mama dan abah
4. Dapat futher study di oversea tanpa perlu meninggalkan abah dan anak-anak (semua dapat ikut mama futher study- sampai mama dapat phd)
5. Agar abah turut dapat futher study ke tahap phd

emmm baru lima..kena bagi lima lagi ni....
6. Dapat beli sebuah rumah (rumah yang ada laman) di sebuah taman perumahan yang ade security macam country height dll *wink*
7.Dapat beli kereta yang hubby suka, mama kereta apa pun ok je tp kalu dapat murano best jugak (^_^)
8. Dapat mengerjakan haji dengan my other half
9. Pergi bercuti berdua dengan my other half (around europe, NZ, Aussie, Timur Tengah)
10.Bercuti satu family (around europe, NZ, Aussie, Timur Tengah)

award yang ida bagiAla takdelah kawan blog sampai sepuluh orang...takpelah bagi untuk yang ada ye sheri, kak hana, ani (kalau belum buat lagi)..TQ

Tuesday, March 17, 2009

Geram Dalam Kasihan

khaizuran oh khaizuran.....kasihan kat dia tengah demam+batuk+selsema, mata asyik berair. Tak sampai hati tengok badan dia yang lemah, bila sentuh badan dia memang terasa panas. Walaupun demam khaizuran masih obsessed nak berjalan. Semalam mama sampai je di rumah dia dah tarik-tarik tangan mama "jom..jom mama" sambil tunjuk ke pintu. Bila mama kata tak boleh berjalan hari ni, zuran demam terus je menangis dan masih kata "jom...jomlah mama" sambil ambil kunci kereta. Tak sampai hati nak kata tidak, jadi mama bawalah khaizuran berjalan-jalan. Balik daripada berjalan mama suruh khaizuran makan ubat, dia menggeling kepala sambil kata "No, tak nak" takpelah malam nanti sebelum tidur kita makan ye. Bila dah pukul 8.30 mama suruh dia makan ubat. Khaizuran geling kata "No". Mama masukkan ubat dalam air tembikai dia minum sikit then kata "no, taknak". Kemudian mama masukkan ubat dalam susu, minum sikit then dia kata "No taknak". Eeee mama dah mula rasa geram...mama cuba bagi air tembikai yang takde ubat, dia minum dengan begitu best sekali, habis air dalam cawan tu...errrrr zuran ni tahu ke mama letak ubat dalam susu dan air dia. Lepas dia minum air tembikai (tanpa ubat) dia ajak mama ke dapur "mama..nak..nak air". Mama pun bagilah dia minum sikit dan suruh dia ke depan sambil ambil semula cawan dia (meronta ronta nak cawan tu balik) jadi mama angkat dia ke depan dan lari ke dapur tambah ubat ke dalam cawan tadi (air+ubat). Bila bagi balik cawan tu kepada Khaizuran, dia pun happy dan terus minum air tu, elok dia minum je terus dia geling kata "no...tak nak"....errrrr (geram). Mama pun explain kata dia kena makan ubat bagi cepat baik+boleh tidur lena. Masih geling and say "No tak nak". Errrr terus mama panggil abah suruh abah try pujuk dia pulak still dia tak nak, panggil bibik suruh bibik pulak try still gagal. Tak ada cara lain dah melainkan cara memaksa....huhu...so abah pegang khaizuran mama suap ubat ke dalam mulut dia. Apalagi meronta-rontalah dia, sambil kata No...no...pandai pulak hero mama ni jelir lidah, elok ubat dah masuk ke dalam mulut dia keluarkan pulak, bila tak boleh nak keluarkan dia akan menangis sampai dia muntah. Bukan setakat ubat je dia tak nak makan, bila mama nak tampal "cool fever" kat dahi pun dia meronta-ronta tak nak...errrr (geram). At the end malam semalam khaizuran tak tidur langsung, asyik merengek je. Bila dia tak tido ofcourse mama pun tak boleh tido. Errrrr khaizuran oh khaizuran...dahla mama ada kelas pagi dan petang hari ni ~sigh~. Apa pun khaizuran mama still love you...get well soon ye sayang *wink*

Sunday, March 15, 2009

Tag lagi

Ok this is the 3rd tag, so let me answer these question while waiting for Asar prayer

1. What were you doing 5 years ago?

Tahun 2004 - tahun pertama master, berjaya menyelesaikan semua subject master (amik course work + thesis). Pada masa yang sama mencari research yang sesuai untuk penulisan thesis. Jadi instruktor kat UKM ajar macam mana nak gunakan software multimedia. 1st day mengajar disaster (tak buat detail preperation, salah sendiri) kalau diingatkan balik memang malu sangat. Tapi selepas melalui pengalaman tersebut, sebelum kelas memang buat detail preperation so selepas first class tu semuanya berjalan dengan lancar dan baik *wink*. Kenangan yang terindah dalam tahun 2004 adalah berkenalan dengan my other half (^_^)mula berkenalan Jun, at the end of July declare "couple" in Oktober My other half datang rumah jumpa my parents and November bertunang (fuuuhhh express kan)

Tahun 2005 - mula buat literature review, but still tak tetapkan skop thesis dengan spesifik. Dapat offer untuk interview di dua buah IPT di Terengganu, satu di kemaman dan satu lagi KT. Oleh sebab my fiance (pada masa tu) berkerja di kertih so walaupun belum siapkan master, dah gatal-gatal pergi attend interview di kemaman. Yelah sayang tau, bukan senang nak dapat kerja kat kertih kebanyakan wife yang ikut hubby ke kertih jadi SAHM. Masa tu memang target nak keja tak nak jadi SAHM (now opposite pulak). May dipanggil berkerja di tempat sekarang, so bermulalah perjalanan mama berkerja sebagai seorang lecturer. Tak sedar diri master tak habis lagi dah sibuk nak kerja, kononnya nanti pandai bahagi masa antara kerja dan research...hehe... Kenangan terindah dalam 2005 adalah mendirikan rumah tangga dengan my other half (^_^) + our honeymoon. Hey apalah master dah la tak siap lagi siap terima tawaran kerja dan kawin pulak...hehe...so untuk 2nd semester sesi 2005/2006 mama tangguhkan pengajian. Tak laratla, apa pun tanggungjawab sebagai pelajar tidak dilupakan, still buat research cuma progress slow sikit.

Tahun 2006 - daftar sebagai pelajar master sepenuh masa kembali, memang all out lah tahun ni, everyday bangun pukul 3 or 4 pagi buat research...penat oooo...workload banyak so time office hour memang tak sempat nak buat research. Lagipun baru jadi lecturer notes, soalan dll kena buat sendiri dari awal. Tapi mama tak pernah komplen, yelah pilihan sendiri kan sape suruh keja dan kawin waktu belajar. Kenangan terindah adalah masa buat pregnancy test dapat positif *yeay* hehe. So bermulalah journey sebagai isteri yang sedang mengandung, pada masa ni thesis berada dalam final stage. At the end of this year submit thesis yang dah siap sepenuhnya *yeay* (^_^)

Tahun 2007- Pada awal tahun agak sedih sebab terpaksa berjauhan dengan my other half, dahla tengah mengandung first child tapi kena berjauhan dengan hubby and family. Mama di kertih abah and family di KL and Banting...huhu...Kenangan terindah pada tahun ni adalah selamat melahirkan hasil cinta mama dan abah pada JUN 2007, yes anak pertama kami Muhammad Khaizuran telah lahir ke dunia (^_^). Dalam pantang UKM call suruh VIVA ...huhu..walaupun dalam pantang mama gagahkan diri pergi jugak. Siap bawa Hubby dan anak lagi, sian kat Khaizuran dalam pantang pun dah keluar ikut mama ke UNI, tak boleh nak tinggal takde siapa nak jaga dia, mama fully breastfeed and both of my Mother ( mama & MIL) berkerja...dan pada masa ni takde maid lagi..kalau ada maid pun tak haraplah nak tinggal baby kat dia...

Tahun 2008- pada Januari +ve mengandung anak kedua...hehe..ops sorry tak sengaja. Memang tak plan nak dapat baby dalam masa terdekat, tapi nak buat macam mana terima je rezeki dari Allah. Dalam keadaan letih melayan khaizuran yang baru 6 month ++ terpaksa melalui fasa morning sickness...huhu...sian kat abah dan khaizuran (tak dapat layanan sepenuhnya dari mama) mama terbaring je nak buat apa pun tak larat. Decide to get a maid. Antara sebab kenapa nak amik maid adalah anak terlampau dekat + nursery di tempat keja tak reliable + kos hantar dua org anak di rumah orang sama je dengan bayar gaji seorang maid. Sewaktu mengandung 8 bulan pergi attend konvo...alahai tak dapat nak melaram pakai jubah je. Kenangan terindah pada tahun ni melahirkan hasil cinta kami yang kedua *wink* pada bulan oktober anak kedua kami Muhammad Khairin telah selamat dilahirkan.

2.What were the 5 things on your to do list today?
Kemaskini subject file, Siapkan semua dokumen untuk visit MQA esok, Recheck buat penambah baikan soalan assignment 3, buat semakan soalan praktikal test dan buat lagi satu set soalan praktikal test.

3. What were the 5 snacks that you enjoy- all kind of cookies, potato chips, ais cream, kerepek and cakes (semua snack yang mengemukkan hehe)

4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
emmm apa ye...tak pernah terfikir jadi orang kaya ni...
1 st - membantu semua negara islam yang memrlukan bantuan
2 nd- membantu masyarakat miskin (tidak kira islam ataupun tidak)
3 rd -sambung belajar buat degree dalam bidang yang diminati (double or triple degree)
4 th -menambah baik lifestyle beli rumah, kereta, pakaian yang selesa
5th - travel all around the world with hubby *wink*

5. Who are the 5 person you wanna tag- ani (adik), ida dan sheri (kalau belum buat tag ni lagi)
p/s la lamanye buat tag ni..asar dah masuk lama dah...hehe

Saturday, March 14, 2009

Award - Thanks Ida & Kak Hana












2nd Tag From Kak Hana

Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos.Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it.Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged



Sorry mama terpaksa cheating sikit, cause folder tu folder gambar family dan ada gambar yang tak boleh diletakkan untuk tontonan umum, so mama ambil gambar ok yang terdekat sekali. Gambar ni diambil pada AidilAdha yang lepas di rumah mertua. Gambar family yang pertama sekali sejak Khairin dilahirkan.


Tag kepada ida pulak ye (^_^)

Friday, March 13, 2009

Tag By Kak Hana

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy and paste it in a new note for yourself!Let's see how much you remember!

1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?
Yup, memang planned to have a baby, after 3 month of trying, Alhamdullilah…”Yay” berjaya…hehe

2. WERE YOU MARRIED AT THE TIME?
wooo…ofcourse

3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Yay! Positif…sangatlah happy

4. HOW OLD WERE YOU?
24 going to 25…delivered the baby at 25 going to 26

5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
hehe..oleh kerana tak sabar nak tahu pregnant ke tak, beli tester yang boleh detect 3 days earlier…Bangun je pagi tu(3 hari sebelum period kalau tak silap 25 september 2006) terus buat test…then terus kejutkan hubby suruh dia pergi tengok result… Takut nak tengok sendiri, takut kecewa lagi…

6.WHO DID YOU TELL FIRST?
emmm..hubby 1st sekali yang tahu, then dia bagi tahu I the result is positive, after a week I told my mother, then hubby told mother in law

7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
yes, excited nak tahu.

8. DUE DATE?
7 Jun 2007

9. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN?
2 Jun 2007, terawal 5 hari…

10. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
kecik je 2.81 kg, mama dia yang besar anak kecik je


11. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?
Yes, teruk sangat, asyik muntah sampai ke tahap muntah hijau semua isi dalam perut nak keluar, bila tak makan tu yang keluar cecair hijau tu…eeee…


12. WHAT DID YOU CRAVE?
at first suka makan yang masin-masin then dalam trimester yang ke 3 suka yang manis-manis…

13. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
none…ok je


14. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?

A boy

15. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX OF WHAT YOU WERE GETTING?
no, ok je yang penting sihat dan selamat…hubby yang nak sangat baby boy for the 1st child…

16. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
20 kg!...berat sebelum 44 kg dan berat terakhir sebelum bersalin 64 kg…

17. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
no


18. WAS IT A SURPRISE OR DID YOU KNOW?
no..takde apa-apa pun…sibuk nak habiskan silibus lecture je…


19. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?emm..takde..alhamdullilah semuanya ok

20. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Ampang Puteri

21. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOUR?
masuk wad lebih kurang pukul 9 malam, masa ni takde rasa sakit pun, mula rasa sakit pukul 3 tapi sakit sikit-sikit je..betul-betul rasa sakit masa subuh dan bersalin jam 9 pagi

22. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
emmm…yang bawa kereta adik ipar (ngah) ditemani father in law and hubby (tak tahu kenapa abah beria nak hantar..mungkin excited sebab cucu sulong)

23. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
hubby, doktor pakar dan 2 orang nurse

24. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
emm assist with vacuum


25. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
ada rasanya..yang hidu gas tu…lepas hidu jadi “high” sekejap


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muhammad Khaizuran Bin Mohd Luqman (kemuliaan Pemimpin/Ketua)

27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
1 Year and 9 Month

ok dah siap…nak tag sape ye?...ala takde ramai pun kawan blog ni…emmm kalau ida dan sheri belum buat lagi tag ni…kalau ade kesempatan buatlah ye (^_
^)

Wednesday, March 11, 2009

No More Baby Bottles with BPA

If you type BPA at any search engine (google, yahoo etc), you could easily find information on how dangerous BPA is towards your child. After reading those articles and research I feel it is important to avoid the bottles and toys that have BPA. Yes it is more expensive but for the safety of my boys, I have thrown all the Bottles with BPA and bought new BPA free bottles.
http://www.environmentcalifornia.org/environmental-health/stop-toxic-toys/bisphenol-a-overview

Tuesday, March 10, 2009

A Hectic February

Bulan February 2009 merupakan bulan yang agak mencabar, ada berita sedih dan ada berita gembira. InsyaAllah kalau ada kesempatan akan ade entry for each event

1st – Keadaan akak izzati yang tidak begitu baik. Kami sekeluarga sering berulang alik ke hospital. Akak lemah and depend on oxygen to breath (sangat menguji, terasa sedih yang amat sangat…so most of the time I am not in a happy mood).
2nd - My other half a.k.a abah is very busy kena siapkan semua report. Abah terpaksa bertungkus lumus menyiapkan report at night because during the day abah have lots of work di plant. Selain daripada report abah have to study for his assessment (technical knowledge)...huhu..Kesian kat abah, kesian kat mama jugak sebab kena melayan and tidurkan my two heroes alone...fuh letih…
3rd - Kenduri my sister. Disebabkan tarikh dah ditetapkan walaupun my eldest sister is not in a good condition the kenduri still have to go on (asyik teringatkan akak je during the kenduri)
4th - Submit final examination question paper, ok ni salah mama last minute baru nak start buat…huhu..
5th – Have to take over class another lecturer yang on maternal leave…kelam kabut sbb tak mengajar the subject from the beginning…
6th - My two heroes and I dapat flu…batuk and selsema
7th – As always have to entertain and fulfilled the need of three boys (my other half + my two heroes) hehehe…yang ini sepanjang tahun (^_^)

ok… will update later