Tuesday, March 30, 2010

Pengalaman Ngeri

Ngeri..mengigil seluruh badan. Pengalaman yang menakutkan tetapi syukur Alhamdullilah tidak ada perkara buruk yang berlaku. Sebenarnya peristiwa ini ada kaitan dengan peristiwa sebelum ini. Pada dua minggu lepas mama telah kehilangan handfon. Sebenarnya sukar nak percaya benda seperti ini akan berlaku di sebuah guarded and well educated neighborhood the resident are all educated people (senior engineer, senior executive, manager, GM, SM and CEO) pada malam tu memang mama perasan ada bunyi-bunyi yang pelik di tingkap bilik, tetapi oleh kerana mama ni penakut mama tak pandang ke arah tingkap, sebab mama menjangkakan bunyi tu bukan bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Pada Jam 6 pagi separuh jiwa mama (abah) telah bangun dan pergi ke tingkap dia berasa pelik bila mendapati tingkap bilik terbuka mama katakan mungkin bibik ada buka tingkap dan dia terlupa nak tutup. Kemudian bila nak ke office mama cari handphone tak jumpa. Separuh jiwa kata dia tak ada ambil memang dibiarkan di atas meja. Bila tanya bibik dia pun kata tak ada nampak mama tanya bibik lagi kenapa buka tingkap semalam, terus bibik kata dia tak ada buka tingkap. Kami terus ke tingkap dan kami dapati jaring di tingkap berlubang. Sah handfon dicuri!. Kami pun buat laporan pada Polis Keselamatan di pondok keselamatan. Tengah hari tu sewaktu polis datang memeriksa rumah kami ada jiran yang datang dan menceritakan pada malam tu anaknya nampak tangan menyuluk masuk ke bilik dan terus menangis ketakutan, dia tengok di luar tingkap tak nampak apa-apa jadi dia andaikan anak dia bermimpi. Kemudian bibik jiran di hadapan rumah kami pun baru menyedari dua pasang sport shoes kepunyaannya hilang dan salah satu dawai ampaian di rumahnya dipotong. Polis keselamatan kata mungkin penagih dadah tapi naluri mama kuat mengatakan ini mesti kerja anak staf atau pekerja di situ sebab

1. Buat apa penagih nak curi kasut yang murah, kasut bibik tu sepasang RM 50 sedangkan di luar rumah kami ada je kasut sukan berjenama nike yang berharga RM 300++

2. Basikal di rumah kami dan semua jiran-jiran tidak berkunci ada basikal kanak-kanak hingga ke basikal dewasa kenapa tak ambil pun

3. Bukan senang orang luar nak masuk dan berani nak buat kerja macam tu, nak toreh jaring dan potong ampaian, ambil masa yang lama. Hanya orang yang biasa dengan kawasan ini je yang berani membuat nodus operandi yang begitu.

Okey balik ke kisah malam tadi, pada pukul 430 mama terdengar bunyi dari tingkap mama pandang ke tingkap tak ada apa-apa pada jam 5 pagi jam loceng berbunyi masih lagi terdapat bunyi di tingkap bila mama pandang tak ada apa-apa. Mama cuba melelapkan mata tiba- tiba mama nampak langsir diselak TAKUT mama cuba kejutkan separuh jiwa dia tak bangun kemudian bila nampak tangan menyeluk masuk mama JERIT sekuat hati, Separuh jiwa turut terjaga dia pun jerit. Dia jerit mama pun jerit (part ni bila dingatkan kelakar sikit bila dua-dua jerit) kemudian mama pandang dia “abang pencuri”, Baru dia tersedar dan terus bangun pergi ke tingkap. Tindakan spontan lelaki memang dia terus capai raket tennis nak kejar pencuri.

Mama yang dalam keadaan trauma dan menggigil halang dia, takut pencuri bawa senjata. Kami call Polis keselamatan. Nombor pula expired. Buka semua lampu di depan rumah spotlight dll jenguk ke luar. Nampak bibik di depan rumah sedang ke luar. Kami bunyikan alarm kereta. Kemudian slowly kami keluar. Tanya bibik, dia terkejut kata tak nampak apa-apa kami terus ke pondok keselamatan buat laporan.

Ketua polis keselamatan terus escort kami balik ke rumah periksa tempat kejadian. Memang ada kesan tapak kaki di tanah nampak macam seolah-oleh penjahat tu terjatuh. Ketua polis bagitahu mereka ada suspek dan rumah suspek tu memang dekat dengan rumah kami. Cuma tak ada bukti jadi susah sikit. Ketua polis menceritakan beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ni:

1. Rumah di Jalan belakang rumah kami, dompetnya dicuri siap dompet tu berada di sebelah dia sewaktu dia tidur. Penjahat menggunakan buluh untuk mendapatkan dompet tu. Hilang 1k tapi dompet ditinggalkan hanya ambil duit

2.Rumah di Jalan hadapan rumah kami, kereta dipecah. Peliknya kalau orang nak curi kereta mesti dia pecahkan kereta yang parking di belakang ni tidak dia pecahkan kereta yang di hadapan (kereta belakang blok kereta tu). Alarm kereta berbunyi tuan rumah dan jiran terjaga bila keluar rumah tak nampak ada orang lari ke apa dan takde barang yang hilang.

3. Rumah di Jalan hadapan, cas handfon di dapur bangun pagi tengok tinggal alat cas je handfon hilang

4. Rumah di jalan hadapan, kasut asyik hilang.

5. Ada sekali tu tuan rumah di Jalan hadapan nampak pencuri sedang seluk tangan, pelahan-lahan dia call polis keselamatan 6 or 4 (mama tak ingatlah) polis datang kepung tapi si penjahat berjaya melarikan diri.

Pagi tadi bila dah cerah bibik ke luar nak menyapu bahagian hadapan rumah, bibik kata ada pisau. Sah penjahat tu terkejut sangat sampai lari pisau jatuh pun tak ambil. Alhamdullilah separuh jiwa tak kejar dia, bahaya takut penjahat tikam guna pisau je. Sekali lagi kami buat laporan terdapat pisau ditinggalkan kemudian polis tu cerita.

"Subuh tadi lepas polis tu beredar dari rumah kami dan berjaga di pondok suspect yang rumah berdekatan tu ada keluar jam 6 pagi, Polis tu pun tanya awak buat apa tadi nampaklah dia cuak dan dia nafikan, polis periksa kereta tak ada apa-apa kemudian bila tanya nak pergi mana pagi-pagi ni dia jawab nak top up. Emmm pelik awalnya nak top up? Tapi tak baikkan menuduh tanpa bukti..so tak nak lah cakap lebih-lebih.

Kesian dekat khaizuran dan khairin masa mama menjerit tu mereka terkejut, Terkebil-kebil mata. Alhamdullilah kami semua dalam keadaan baik tidak ada perkara yang tidak dingini berlaku. Bila keadaan dah tenang kembali tadi mama ada tanya separuh jiwa,

“abang kenapa abang jerit tadi”,
“sebenarnya abang tengah mimpi dalam mimpi tu abang menjerit, jadi bila ufa menjerit kuat-kuat abang tanpa sedar pun menjerit, bila dengar ufa sebut pencuri baru abang sedar”,
“hehe, bila diingat kelakar jugak, sure penjahat terkejut bila laki bini menjerit berkali-kali”,

Saranan polis keselamatan:
Kalau perkara sama berlaku, jangan panik senyap-senyap telefon mereka. Agar penjahat tu ditangkap.


Tuesday, March 23, 2010

Bersalah

Mama rasa bersalah kepada anak-anak mama. Sepatutnya mama siasat dulu kenapa anak-anak mama tak nak ikut cakap mama bukan terus marah dan menghukum. Tambahan anak-anak mama masih kecil bukannya faham akan sebab dan akibat setiap perbuatan yang dilakukan. Hujung minggu lepas mama telah marah khaizuran sebab tak nak gosok gigi, mama paksa juga walaupun khaizuran menangis dan berlari-lari untuk tidak gosok gigi. Mama tak dapat mengawal emosi terus mama tinggikan suara dan paksa khaizuran gosok gigi. Petang tu masa bermain-main dengan khaizuran mama perasan khaizuran mengelak untuk buka mulut dan bercakap serta sejak pagi lagi khaizuran tak berapa nak minum susu dan makan.

“abang zuran, sakit mulut ke?”,

“sakit”,

“cuba tunjuk kat mama dekat mana sakit”,

Khaizuran pun buka mulut…sedih hati mama bila tengok di lidahnya ada dua ulser yang besar dan di mulut serta bibirnya juga ada dua ulser. Patutlah dia mengelak untuk gosok gigi..rasa bersalah sangat. Mama buruk sangka, mama sangka khaizuran saja tak nak dengar dan ikut cakap mama.

Malam semalam khairin menangis menjerit-jerit pada pukul satu pagi, mama dan abah rasa terganggu. Abah buat susu untuk khairin, khairin tak nak minum tetap menjerit kemudian mama tukarkan lampin khairin masih sama tidak mahu tidur meraung dan menangis. Dalam keadaan masih mampu bersabar mama dukung khairin sambil berzikir dan cuba dodoikan khairin agar tidur, tetap meraung seterusnya mama sapu minyak angin takut-takut khairin sakit perut atau tidak selesa tetapi masih menangis lagi. Mama mula geram terus bersangka yang khairin nak dapatkan perhatian, ikutkan hati memang mama nak marah tapi mama cuba kawal emosi. Ikhtiar terakhir mama dukung khairin dan bawa khairin jalan–jalan di dalam rumah sebaik sampai je di dapur

“mama nak, nak air,”

“khairin nak susu ke sayang”?

“tak nak, nak air,”

Mama pun tuang air ke dalam gelas dan terus suapkan ke khairin. Khairin habiskan satu gelas air. Bersalahnya mama, khairin tengah ada ulser kalau minum dari botol kena hisap puting bila hisap puting sakitlah mulut dia sebab tu khairin nak minum dari gelas. Kenapalah mama tak terfikir perkara semudah tu.

Bersalah, mama just jump to conclusion without trying to really understand their needs and behavior.A reminder for mama

“Seek first to understand, then to be understood”

Wednesday, March 17, 2010

Khaizuran and His Bicycle

Khaizuran happy showing his new skills


Mama..khaizuran speed like Lightning McQueen



Khaizuran prove of loving CARS especially Lightning McQueen ~ just look at his shirt and bike


Stop to pose


Khaizuran and Khairin posing dengan machonya

Tuesday, March 9, 2010

Khaizuran…Riding the Bicycle

Khaizuran has shown to mama that he can ride his own bicycle without my help. For the last two weeks I have been trying to teach him how to cycle. At first his cycle backwards as it was easier but of course the bicycle didn’t move..

“mama zuran kayuh laju-laju ni, tak gerak”,

Then after teaching him for a few days he able to do half the cycle…so the bicycle move slowly. Last weekend abah thought him to ride the bicycle and he manage to do a full cycle but he still need help. Yesterday he successfully ride the bicycle with no assistance and the best part is when Khaizuran smiled with pride every time I cheer and clap my hand with joy…

Anak mama dah besarlah…alahai…

P/s the pictures will be upload later

Tuesday, March 2, 2010

Kesian Blog…

It has been ages since I update this blog…so many stories but yet limited time. I have been working in this new place for one month now, Alhamdullilah everything is ok. New friends, new environment, new subject and new students everything is new so I also have to be a new person well ulfa is still ulfa but there is certain things that I have to change to adapt myself in this new environment. But still home is just the same Home Sweet Home my boys is growing really fast both of them are like sponge they follow everything that we do. Day by day there are getting smarter and handsome…hehe..

Ok later I will update..need to squeeze some time for this blog…if not kesian blog…ditinggalkan diabaikan..