Thursday, November 24, 2011

Berpusing

Auni dah berjaya memusingkan badan dia. Yang pasti dalam minggu ni tapi mama tak pasti hari apa, memang sejak 2 minggu yang lalu dah nampak auni cuba memusingkan badannya only this week dia betul2 berjaya...yeay!

Abang khaizuran dulu if not mistaken 4 month 1 week berjaya memusingkan badan dengan jayanya, abang khairin mama ingat-ingat lupa tapi kalau tak silap sama dengan auni 3 bulan 4 minggu dah berjaya memusingkan badan..biasalah yang no2 dan no 3 ni development cepat sikit sebab banyak stimulation..terima kasih pada abang khaizuran sebab banyak membantu mama untuk memberi stimulation pada adik-adik ;)

Thursday, November 17, 2011

cerita-cerita

Sejak menjadi ibu kepada tiga anak ni antara salah satu perkara baru yang i buat ialah berdoa untuk menjadi seorang yang sangat penyabar. Specifically menjadi ibu yang penyabar dan isteri yang penyabar. Doa khusus yang i baca lepas solat. Sometimes the boys are pushing the limit buat i jadi garang dan memang i juga seorang yang baran lagi lah bila rasa marah tu memang jadi monster :(.

My two boys sangat aktif dan ada je 'kerja" yang nak dibuat the eldest khaizuran kalau i tak sedar bancuh susu dia sendiri, letak jem dekat roti sendiri, bancuh air milo sendiri, nak basuh baju sendiri, vacum rumah pendek kata semua benda yang i buat dia nak buat jugak pantang tengok i sibuk mesti both of them akan buat something yang boleh menambahkah kerja2 mengemas dan membasuh di rumah. Nak marah tapi dia tak buat salah yelah bila tanya kenapa buat dia akan jawab nak tolong mama tapi jadi geram sangat bila accident happen susu tumpah, air tumpah, jem terjatuh kat lantai...huhu..

Biasanya if i masak di dapur both of them akan bermain di bilik toys bila dah boring berpindah ke ruang tamu kemudian ke bilik tidur so after memasak n mengemas dapur keluar je tengok rumah dah bersepah bila kita mengemas ruang yang dah bersepah both of them main dekat bilik air bila ditegur both of them masuk ke dapur dan 'tolong' basuh pinggan kemudian main masak2 dgn periuk, pinggang mangkuk, sudu, senduk dll..

I tak nak marah beria sangat sebab i know by playing like that it helps on building their creativity tapi kalau melampau kena marah juga supaya they know what is right and wrong ;)

The solution is i akan suruh both of them kemas balik semula tempat yang disepah tapi tulah nak suruh kemas balik tu kita kena jadi sabar sangat2...

One of their favourite game is building a house using the cushion n bantal or building a hotel using their toys siap buat parking lot dengan menyusun kereta dekat depan hotel yang dibina..alahai...anak-anak ku apapun i love you and miss all of you when you are not around ;)

Thursday, November 10, 2011

Kembali

sudah lama menyepi...selagi tak mula menulis selagi tulah blog ini akan kekal sunyi jadi kena mulakan menulis dan ingat kembali tujuan blog ni dicipta ;)..alhamdullilah tahun ni ada ahli baru dalam keluarga kecil kami dan insyaAllah akan ada dua ahli baru dalam keluarga besar kami seorang dah lahir ayla dan seorang lagi masih dalam rahim ibunya ;)


Ahli baru dalam keluarga kecil kami bernama Auni Fatini Binti Mohd Luqman, anak perempuan kami alhamdullilah segalanya dipermudahkan, kini auni dah 3 bulan. Perkembangan auni cepat berbanding dengan abang-abangnya mungkin sebab banyak menerima stimulation dari persekitaran. Auni sangat teruja tiap kali abang2 bermain macam nak join je gelak terkekek bila abang2 main dengan dia ;) at the age 2 month++ dah pandai ketawa terkekek dan bersembang-sembang. Abang khaizuran dan khairin pun takde cemburu ;) main dan sentiasa protective terhadap adik perempuan mereka alhamdullilah ;)


Progress mengenai kerja masa mengandung hari tu progress ok agak bagus tapi setelah bersalin dan bercuti selama 90 hari progress menurun ;) terlampau seronok bila dapat cuti and being well paid ;) hehe...setelah 90 hari bercuti banyak kerja menanti yang pasti saya kena mengajar non stop sampai Julai 2012..fuh...masa mula2 dapat berita tu rasa macam nak menangis maklumlah dalam jabatan saya seorang je yang ditugaskan ajar diploma n degree mengajar non stop...tapi kuatkan hati dan yakinkan diri semuanya ada hikmah. Buat apa nak bersedih ganjaran besar menanti insyaAllah..rugi jika kita merungut make everything positive insyaAllah everything will go fine and the goodness will be felt and seen ;)


Life at home is very hectic maidless with 2 active boys, a fully breastfeed baby plus an irresistible man...hehe...although i feel so tired but i just love my life..my time is full and when i am able to control my emotion..hehe..i dapat banyak pahala ;) tapi sometimes i jadi moody jugak..sokmo marah2..mujur this four wonderful people love me to bits ;)


ok insyaAllah will update soon ;)


my readers sure semua dah lari...hehe...macam ada je reader ;)