Semasa mengikuti satu training tentang bagaimana mahu menjadi seorang instruktor/pensyarah yang efektif kami diperkenalkan dengan satu modul iaitu komunikasi. Mana tidaknya untuk menjadi seorang pensyarah yang baik kita semestinya boleh berkomunikasi secara jelas dengan pelajar kita. Dalam modul tersebut dinyatakan terdapat dua jenis komunikasi iaitu secara verbal (komunikasi menggunakan perkataan) dan non-verbal (komunikasi tanpa perkataan).
Setelah seharian berbicara mengenai komunikasi dalam training tersebut ulfa pun tertarik nak berbincang mengenai topik ni bersama MOH aka My Other Half.
"abang bagi abang kan mana yang lebih berkesan verbal communication or non verbal communication"
"bagi kita non verbal",
Ulfa terkejut dengan jawapan yang yang diberikan sebab selama ini dia sangat kurang memahami bila ulfa berkomunikasi secara non verbal.
"betul ke abang? Apa maksud abang dengan komunikasi non verbal"
"maksud kita bila kita menulis baru mesej yang kita nak sampaikan jelas"
"oooo yeke, tu kira verbal lah bang, sebab non verbal ni maksudnya komunikasi tanpa perkataan macam body language"
"ada ke komunikasi macam tu, bukan sama je ke",
"ada abang, contohnya macam ni, abang tanya kita ulfa marah ke? Kita jawab kita tak marah tapi body language tunjuk yang kita tengah tak puas hati macam tak nak senyum malas nak pandang muka abang"
"mana boleh macam tu, tu kira menipu lah, dalam islam salah tu",
Bila dengar MOH cakap macam tu terus terfikir sebagai orang islam sepatutnya non verbal dan verbal ni kena seiring. Bila difikirkan balik mengenai research yang menunjukkan bahawa komukasi non verbal lebih tinggi keberkesanan iaitu 75% (tahap kepercayaanya) menunjukkan bahawa tanpa kita sedari kita kerap menipu. Dalam hubungan suami isteri komunikasi sebegini iaitu 25% verbal dan non verbal 75% (tahap kepercayaannya) boleh menggugat kestabilan rumah tangga. Biasakan kita dengar yang seseorang tidak berpuas hati kerana pasangan tidak mengatakan dia menyayangi dirinya atau ada yang mengadu pasangan tidak menunjukkan dia berminat atau tertarik secara fizikal kepada dirinya. Kedua-dua komunikasi perlu diseimbangkan kalau tidak betul-betul 50-50 peratusannya tidak perlu begitu jauh.
Sebenarnya ulfa menulis ni sebagai peringatan buat diri ulfa agar lebih jujur dengan MOH. Dia terkejut sangat bila ulfa nyatakan yang memang ulfa sering katakan sesuatu tetapi sebenarnya dalam hati perkara tersebut tidak benar (non verbal communication). MOH siap warning lagi dia tak nak komunikasi sebegitu dalam rumah tangga sebab bagi MOH dia rasa tertipu jika pasangannya kata lain tapi buat lain (verbal and non verbal tidak menunjukkan perkara yang sama). Meskipun ulfa dah terangkan yang perempuan mempunyai tendency yang tinggi untuk menggunakan non verbal komunikasi dan lelaki perlu lebih prihatin dalam hal ni. MOH masih lagi bertegas sebuah rumah tangga akan kekal lama dan bahagia hanya apabila kedua-dua jenis komunikasi digunakan secara seimbang. Maksudnya bahasa tubuh kita adalah sama dengan apa yang kita perkatakan….
Comments
Post a Comment