Menyusu Dalam Bulan Ramadhan

Alhamdullilah tahun ini merupakan pengalaman kedua mama menyusukan anak mama di bulan Ramadhan. Ramadhan 2007 merupakan pengalaman pertama, pada ketika itu Khaizuran berusia 3 bulan Alhamdullilah mama berjaya menyusukan khaizuran sepenuhnya. Mama tidak menghadapi masalah kekurangan susu, 6 bulan pertama memang penghasilan susu berada dalam keadaan yang baik. Pada tempoh 6 bulan pertama dalam satu hari mama dapat pam susu untuk dua hari punya stok tetapi bila dah masuk 7 bulan penghasilan susu mula berkurang. Pada tahun 2007 mama hanya tidak dapat berpuasa satu hari sahaja (berbuka puasa disebabkan menyusu). Sebenarnya mama yang cuai, oleh kerana susu masih banyak walaupun mama berpuasa maka mama tidak begitu menjaga pemakanan mama. Mama terpaksa berbuka puasa setelah tiga hari mama tidak makan nasi iaitu berbuka dan bersahur tanpa nasi. Pada hari keempat mama terasa badan letih sangat dan bila mama berdiri terasa melayang-layang macam nak jatuh, mama hanya boleh berbaring sahaja. Oleh kerana hari tersebut adalah hari bekerja dan mama ada kelas kena mengajar untuk beberapa jam maka mama mengambil keputusan untuk berbuka puasa..huhu..selepas peristiwa tersebut mama menjaga pemakanan, mama pastikan yang mama makan nasi sewaktu berbuka dan bersahur untuk menampung keperluan badan yang sedang berpuasa dan menyusu.

Pengalaman berpuasa dan menyusu pada tahun ini agak berbeza. Pertamanya kerana usia khairin 10 bulan dan akan 11 bulan pada awal bulan depan menyebabkan kadar penghasilan susu jauh lebih sedikit. Mama terpaksa pam susu dengan lebih kerap. Oleh kerana mama berpuasa sesi pam susu di tempat kerja tak dapat mama lakukan dengan kerap, bagi mengelakkan badan berasa letih dan penurunan produktiviti kerja. Tak naklah produktiviti kerja mama berkurangan disebabkan berpuasa + menyusu jadi mama hanya kerapkan sesi pam susu di rumah setelah mama berbuka puasa. Pada hari ini penghasilan susu semakin berkurangan. Tidak mengapa mama akan terus berusaha untuk meningkatkan penghasilan susu. Mama tidak boleh berputus asa. Buat masa ni mama mengamalkan mengambil madu, makan oat, banyakkan makan kurma, perbanyakkan minum air, makan vitamin b, c, e, a dan kalsium+magnesium. Di samping mengamalkan pemakanan yang sihat mama turut perbanyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Harapnya Allah permudahkan urusan mama dan murahkan rezeki khairin agar dapat menikmati susu mama sehingga dua tahun…amin

Comments

  1. Kurma mmg makanan wajib kan. Hari tue miss makan kurma waktu sahur, terus pening2 lalat jerr by the time nak buka tue. Seb baik bukan working days, leh direct feed dgn baby.

    BTW, salam Ramadhan Ulfa... :D

    ReplyDelete

Post a Comment