Bila Mama Marah


Semalam mama jadi marah sangat dekat khaizuran sampai dia menangis teresak-esak..kisahnya bermula apabila mama bailk dari kerja, khaizuran ajak mama main-main dekat luar tetapi sebab mama nak ke tandas mama lari je masuk ke rumah. Khaizuran pun ikut mama lari ke dalam tapi bila masuk dalam tandas khaizuran tak boleh masuk, dia pun ketuk-ketuk pintu mama tak buka dan suruh dia tunggu kejap. Mungkin sebab dia rasa tidak puas hati, khaizuran kunci pintu tandas dari luar. Mula-mula tu mama relax je suruh dia buka dgn elok tapi pintu masih tak terbuka, mama duduk diam cuba buat dia risau tak lama lepas tu dia pun cuba ketuk-ketuk pintu mungkin nak pastikan sama ada mama masih ada dan ok ke tak lagi. Kemudian mama terdengar dia panggil bibik, tapi bibik tak datang-datang pun apa lagi mama pun ketuk pintu tandas sekuat hati. Barulah bibik masuk dan bukakan pintu (kalau tidak dia masih berborak lagi dengan kawan dia..hey bibik pun sama). Mama pun anginlah...mama marah khaizuran siap ugut dia yang dia kena tinggal mama tak nak bawa dia jalan-jalan mama nak bawa adik khairin je..kemudian dia menangis sambil cakap


"mama salam..mama salam..." setiap kali kalau dia buat salah memang dia akan minta untuk bersalam sebagai tanda minta maaf

"mama tak nak salam khaizuran, mama tak suka perbuatan khaizuran kunci pintu" sambil tolak tangan dia..
sambil menangis dia masih hulurkan tangan dia...
"mama salam lah..salam"

mama bawa dia ke naughty corner suruh dia berdiri di situ, lagi kuatlah dia menangis. Kemudian dia datang lagi merayu nak peluk mama..mama elak diri..

"mama tak nak, khaizuran tak dengar cakap mama"
"mama salam..salam"

mama bawa dia ke naughty corner bailk suruh dia berdiri lagi dekat situ..kemudian bila nampak dia dah tenang sikit mama bawa dia ke tandas suruh dia buka kunci tandas...mama nak pastikan sama ada dia pandai ke tak buka kunci tu...rupanya dia memang tak pandai buka pun...

tak pernah mama nampak dia sesedih tu..sebenarnya mama pun sedih bila dia merayu-rayu sambil menangis teresak-esak..tapi sebab nak bagitahu yang dia buat salah dan perbuatan tu perbuatan yang tidak boleh diterima...mama kuatkan hati...mama perasan je abah macam kesian tengok khaizuran...tapi sbb nak mengajar dia kali ni mama bertegas...alhamdullilah sepanjang petang sampai pukul sembilan dia berkelakuan baik..tapi lepas tu dia mula nakal-nakal balik ~sigh~

Khaizuran dan khairin dan semakin besar. Keduanya sudah pandai menunjukkan rasa protes dan melawan bila kemahuan mereka tak dituruti. Dah tiba masanya Mama serius dalam mendisplinkan mereka. Sebenarnya mama tak suka cara sekarang yang tinggikan suara pastu ugut dia...

emmm mama kena baca buka pasal parenting on how to discipline toddler...ada buku yang nak dicadangkan?

Comments

  1. alahaiii...sian zuran...mama siap amik gmba zuran nangis ye...
    ida ni ari2 mrh ank. dulu pn ktorg ade naughty room...tp sian plak tgk iman t'esak2 duk dlm blk tu. lps ni cuba naughty chair plak...

    ReplyDelete
  2. ida actually gambar tu untuk perhiasan je...hehe gambar lama tapi memang macam tulah rupa dia bila dia nangis ...macam mana ye cara terbaik untuk marah anak?

    ReplyDelete
  3. ulfa, kaklong pun dah lalui mcm2 'kenakalan' anak (taknak sebut this word sebenarnya).. sbb kita pun tak blh anggap anak2 kita tu 'nakal', mereka pun tanak jd nakal, percayalah...

    se'nakal2' zukhruf pun dia selau cakap... umi, abg taknak jadi budak nakal. abg nak jadi budak baik... tapi 5 minit lps tu dia tumpahkan air or buat apa2 la yg dia mmg TAK SENGAJA n kdg2 taktahu itu salah n buat kita marah... jadi kita pun serba salah nak marah, tapi sgt geram!! tgk muka dia pun mmg sgt guilty..

    kita blh marah anak n mmg kena marah bila mereka buat salah (tak marah lgsung pun tak blh!) tp mereka kena tahu apa salah mereka. mcm zukhruf lps marah dia, tanya dia, kenapa umi marah abg??? suruh dia cakap...

    (auliya bgn lak ni... nanti sambung)

    ReplyDelete
  4. toddler taming by dr chirstopher greene... so far ok, cuma kekdg buku2 ni mcm theoretical. heheh.. sheri ni kdg2 pemarah jugak. stress lebih2 lagi skrg si ayra kuat sgt panjat segala bende... dahsyat tul. takpe ulfa, what u did is the right way, good for u. kalau kita tak disiplinkan anak, sape lagi nak ajar anak kita?? betul tak?

    ReplyDelete
  5. Oh ya ulfa, zukhruf pun mcm tu dari umur 2 thn kot lagi... bila marah dia, lps tu dia nak salam. sampai skg pun dia akn cakap umiii.. abg mintak maaf (nak salam), abg taknak buat lagi... mmg kaklong pun penah buat mcm ufa (tanak salam ngan dia) n dia pun makin kuat nangis... itu la. apa yg kaklong baca, jgn marah dia, tp marah perbuatan dia... maknanya jg kritik diri dia tp cakap kesalahan dia... kdg2 jadi ibu ni kita nak mereka ikut kita aje (apa yg kita nak), tp adakalanya kita juga kena faham apa yg mereka nak n perlukan. mgkin mcm khaizuran tu nakkan perhatian (kan dia rapat ngan khairin)..

    p/s: kesian tul tgk gambar khaizuran nangis tu.. hihi.

    ReplyDelete
  6. oh ya (lagi...) penah gak baca, jgn kerap ugut anak... huhu. nanti besar dia pulak yg akan ugut kita (tak ke sadis tu).. adakalanya mmg perlu ugut tp jgn selalu!!

    p/s: dulu masa zukhruf kecik2 dulu ugut tanak kawan ngan dia.. n dia pun nangis la...

    ReplyDelete
  7. Thanks kak long n sheri...sometimes ufa rasa ufa ni susah sangat nak kawal emosi..takut kalau tindakan kita akan memberi kesan buruk pada anak..anak-anak tengah berada dalam usia yang kritikal...kena banyak membaca kan supaya anak-anak kita membesar dengan baik

    ReplyDelete
  8. hmm..kesiannnyaa..Imma pon kdg2 marah jugak ngan Boboy, tp bila tgk dia sedih kita plak nangis sama.. :-( tp mmg sometime have to be strict dgn diorg..mummy marah sbb sayang laa..and hence I scold you baby..Kan ulfa..anyway..thanks erk for the tips.. mmuahh

    ReplyDelete
  9. emm..bila boboy dah umur 2 tahun nanti lagi besar cabaran dia.. toddler at two years old really do love to explore and very expressive..tambah-tambah mungkin mama dia pun dah nak dapat baby baru kan *wink*

    ReplyDelete
  10. ufa..tetibe rase tak dpt byg ani ade anak nanti, wut shud I do if i come across this prob?mm...nway, be a cool mama ufa! dats y islam meletakkan martabat ibu di tempat yg tinggi, kerana peranannya yg besar dalam satu institusi kekeluargaan yg memberi reflek kpd umat islam sendiri.. :)

    ReplyDelete
  11. cabaran paling hebat jd ibu bg eda, nk sabar ngn ank2...sgt susah eda rase. maybe sbb bdn cpt pnt & most of things at home eda yg kene buat...cuba jgk xnk mrh2 sgt ngn ank. kdg2 t'lepas jgk...tp lps tu rase menyesal yg t'amat.

    ReplyDelete
  12. ufa faham situasi ida..sbb tu ufa decide untuk ambil maid..betul mmg hilang privasi tapi ufa fikir daripada ufa asyik tensen pasal kerja2 rumah dll better ufa guna bantuan kedua..bukan husband tak tolong...tp nature keje husband ufa memerlukan fizikal dan mental, sepanjang hari keje kat plant bila balik dia nak berehat..tak sampai hati nak suruh2 sgt dia..nampak sgt dia letih terutama bila ada problem kat plant n masa shutdown...anak pulak tengah nak bermanja meminta perhatian dll..mana nak buat kerja rumah, jaga anak, entertain anak, mengajar anak..mula2 ufa upah org kemas rumah datang 2 kali seminggu.. bila dia berhenti susah nak cari pengganti last option ufa amik maid..lega sikit boleh spend banyak masa dgn anak n suami sbb keje rumah mengemas dll suruh dia buat ufa memasak je....ada kebaikan n keburukan bila bagi orang lain 'masuk' rumah kita...tapi dalam keadaan skrg ufa rasa ufa perlu...ufa mmg respect pada isteri yang buat semua keje macam ida..takpe ida sentiasa ingatkan diri apa yang ida buat tu ibadah banyak pahala ida dapat...nak bangun malam n puasa sunat susah sekurang2nya ida kumpul pahala dengan membuat keje2 rumah n menjaga anak2

    ReplyDelete

Post a Comment