7 Tahun - Berjuang

Arwah a.k.a akak izzati disahkan mempunyai kanser Payudara sejak 7 tahun yang lalu. Di sini mama ingin titipkan ketabahan arwah mengharungi segala kesakitan dan kesusahan untuk menyembuh penyakit yang dialaminya. Mama begitu bangga dengan ketabahan, semangat dan kekuatannya. Arwah merupakan seorang individu yang sangat hebat mama begitu mengaguminya, sepanjang tujuh tahun ini tidak pernah arwah berasa resah dan mengeluh tentang sakit dan keadaannya. Arwah hanya mengungkapkan bahawa sakitnya ini adalah kifarah buatnya. Tidak sesekali arwah menangisi nasibnya. Arwah sentiasa redha dengan kehendak Allah. Arwah pasrah dan sentiasa tanamkan dalam hatinya hanya Allah tahu apa yang terbaik untuknya dan Allah adalah Maha Pengasih dan Penyayang.

Sebenarnya sebelum tujuh tahun yang lalu lagi arwah sudah pun menyedari yang beliau mempunyai lump di payudaranya. Mama masih ingat lagi kata-kata arwah selepas dia balik daripada medical checkup sebelum memasuki matrikulasi pada tahun 1999
"upa nak tau tak, doktor cakap kan dekat dada akak macam ada somethinglah, doktor suruh akak datang balik nanti untuk buat checkup"
"ooo yeke, doktor ade cakap tak yang benda tu bahaya"
"takde pulak, dia cuma suruh datang lagi"

"takpelah nanti bila free kita pergilah"
Namun sayang kami berdua tidak mengambil peduli sangat saranan doktor tersebut, arwah tidak membuat follow up. Mama pulak begitu ignorance, tidak mengingatkan arwah supaya buat checkup yang kedua ~sigh~ kemudian dalam tahun yang sama ada juga arwah bercerita dengan mama yang arwah rasa dia ada lump di payudara kirinya. Pada ketika tu mama begitu jahil sekali pasal kanser payudara, tidak terdetik pun di dalam hati mama bahawa lump itu bahaya dan itu adalah tanda seseorang mempunyai kanser payudara. Sekali lagi perkara tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Pada tahun 2000 setelah arwah berkahwin, arwah menceritakan balik kepada mama mengenai lump di payudaranya, arwah mengatakan yang lump di payudaranya makin ketara dan suaminya juga perasan yang beliau ada lump. Pada ketika ini mama menyarankan agar dia pergi jumpa doktor untuk dapatkan nasihat doktor. Kami berdua begitu jahil, kami tidak terfikir sama sekali bahawa lump itu boleh membawa maut.

Sekitar tahun 2002 sewaktu mama berborak dengan nenek (my mother) mama memberitahu yang arwah mempunyai lump di payudaranya, muka nenek terus berubah dan menyarankan agar mama membawa arwah pergi berjumpa doktor secepat mungkin. Nenek terus telefon arwah dan suruh beliau pulang segera. Pada mulanya arwah agak keberatan untuk berjumpa dengan doktor setelah dipaksa oleh nenek maka arwah pun bersetuju. Pada malam tersebut mama membawa arwah ke klinik yang berdekatan. Arwah kata doktor tu nampak serius je, dan suruh arwah ke hospital besar segera untuk dapatkan pemeriksaan yang selanjutnya. Oleh kerana pada ketika itu arwah sedang bertugas sebagai farmasi pelatih di Hospital Putrajaya segala pemeriksaan dilakukan di situ dan keputusan hasil pemeriksaan dapat diperolehi dengan cepat. Dalam masa seminggu keputusan sudah keluar dan Arwah disahkan mempunyai kanser payudara pada stage yang ketiga ~sigh~

Sewaktu berita itu disampaikan oleh arwah kepada mama arwah kelihatan tenang sekali. Dengan bersahaja arwah menerangkan mengenai penyakitnya telah sampai ke stage yang ketiga sebab sel kanser tu dah merebak ke paru-parunya dan beliau kena buat rawatan kemoterapi dan selepas tu kena buat surgeri untuk membuang sel tersebut dari tubuhnya.

"Takpe upa, insyaAllah lepas dah buat treatment sembuhlah, upa jangan risaulah".
Setelah mendengar kata-kata tersebut mama pun rasa ok dan tak risau. Mama begitu jahil sekali tentang kanser dan menganggap kanser ni tak begitu merbahaya. Setelah hasil keputusan diperolehi doktor terus sahaja melakukan kemoterapi. Arwah terpaksa melalui 7 cycle of chemotherapy. Pada hari pertama beliau membuat kemoterapi mama bersama dengan hembah (my father) dan nenek menghantar dan mengambilnya di hospital, arwah kelihatan ceria sahaja walaupun pada pagi tu arwah membuat rawatan kemoterapi. Pelik selalunya orang kata kemoterapi ni sakit, emm dalam hati mama anggap yang kemoterapi ni ok kot takdelah teruk sangat. Namun setelah arwah melalui cycle yang keempat arwah kelihatan lemah sekali dan asyik termuntah. Baru mama tahu betapa sakitnya rawatan yang terpaksa arwah tempuhi. Namun arwah tetap tabah dan kuat, arwah tetap melakukan rawatan tersebut hingga ke akhirnya. Arwah berjuang untuk hidup. Kesian arwah tidak dapat menghadiri majlis konvokeseyen pada tahun tersebut. Namun kami sekeluarga tetap meraikan hari tersebut. Nenek menghadiahkannya sejambak bunga dan arwah tetap di bawa ke studio untuk bergambar kenangan. Arwah begitu ceria sekali pada hari tersebut. Alhamdullilah arwah tetap berjaya memperolehi ijazah meskipun sudah bergelar seorang isteri sejak tahun satu pengajian lagi.
Pada awal tahun 2003 arwah telah melakukan surgeri untuk membuang sebelah payudaranya yang mempunyai sel kanser tersebut. Meskipun berat hati untuk melakukan surgeri tersebut arwah tetap meneruskannya. Nenek, Suaminya dan mama ada di hospital untuk menemaninya. Sebelum masuk ke bilik pembedahan arwah sempat bergurau lagi dengan mama dan nenek. Arwah begitu tabah sekali. Alhamdullilah setelah melalui semua treatment tersebut Doktor mengesahkan yang arwah sudah free from sel kanser. Alhamdullilah pada ketika itu mama menganggap yang arwah adalah salah seorang breast cancer survival.

~2004 - Ceria di Hari Pertunangan Mama~

Di awal tahun 2005 arwah disahkan mengandung, meskipun mendapat tentangan daripada doktor arwah tetap meneruskan kehamilan beliau. Doktor menyarankan agar arwah hamil setelah 5 tahun. Namun arwah begitu inginkan seorang zuriat maka arwah sanggup menanggung risiko demi anak yang dikandungnya. Arwah sanggup berkorban untuk anak yang belum arwah temui (hati seorang ibu). Proses kehamilannya bukanlah mudah, pernah arwah pengsan kerana berasa amat sakit di tangan belah kirinya (di belah payudara yang telah dibuang). Alhamdullilah pada 16 september 2005 hasil cintanya telah lahir ke dunia Ain Sofiya Insyiroh Binti Khirul hafiz.


* 2005 di hari perkahwinan mama
~ Arwah berjubah hitam tengah sarat mengandung ~

Setelah bersalin arwah tetap menyusukan anaknya, arwah begitu menyayangi anaknya. Setelah dua bulan menyusukan anaknya arwah pergi ke hospital untuk membuat followup. Doktor mendapati yang di dalam tubuhnya sel kanser telah ada semula. Sekali lagi beliau perlu membuat kemoterapi dan kali ini perlu membuat radioterapi di bahagian lehernya untuk membunuh sel kanser. Arwah terpaksa berulang alik ke hospital agar dapat meneruskan hidupnya. Arwah tidak pernah merungut atau mengeluh, setiap rawatan dilalui dengan tabah meskipun perlu menangggung kesakitan. Setelah melalui semua rawatan yang disarankan arwah kelihatan kuat dan ceria semula. Rawatan kali kedua ini dilakukan pada tahun 2006.





* Ceria Di Pagi Raya 2006* ~Insyiroh telah berusia 1 Tahun~


Pada tahun 2008 sekali lagi, doktor mengesahkan yang tubuh arwah masih mengandungi sel kanser. Sekali lagi arwah perlu melakukan rawatan kemoterapi di HKL. Nenek dan Mama ani setia menemani arwah click pada ketika ini mama berada di kertih tidak dapat meninggalkan khaizuran (masih bayi) dan sudah pun mengandungkan khairin. Namun tiap kali pulang ke KL mama akan pergi menziarahi arwah. Setalah menempuhi semua rawatan Alhamdullilah arwah kelihatan ceria, kuat dan bersemangat kembali.


* Ceria bersama anaknya pada 1 syawal 2008*


*Bersama Keluarga tercinta *


Di awal tahun 2009, arwah sering berasa pening dan arwah tidak dapat mengawal keseimbangan tubuhnya. Arwah pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor mengesahkan yang sel kanser telah ada di otaknya ~sigh~ arwah perlu melakukan radioterapi untuk membunuh sel tersebut. Sekali lagi arwah perlu menempuhi rawatan yang begitu menyakitkan. Arwah tetap melaksanakan rawatan tersebut tanpa mengeluh. Namun bagitu, setelah rawatan ini arwah kelihatan sangat lemah. Kedua-dua tangannya menjadi lemah. Mama berasa risau sekali. Dalam hati mama memang terdetik yang arwah mungkin sukar untuk bertahan lama. Pada awal Februari arwah dimasukkan ke hospital untuk pantauan doktor arwah telah berada di final stage sel kanser telah berada di tulang belakang, paru-paru dan otaknya. Setelah 2 minggu berada di hospital arwah dibawa pulang ke Banting, namun arwah telah terkena sawan sewaktu di rumah. Sekali lagi arwah di bawa ke hospital dan arwah berada dihospital sehingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat - 20 March 2009.


Setiap kali apabila arwah meluahkan yang dia tengah sakit, mesti arwah beristighfar "kenapa akak cakap macam ni". Arwah sememangnya tidak pernah merungut atau mengeluh. Arwah seorang yang kuat dan tabah. Al - Fatihah

Comments

  1. ulfa, tadi tu hafiz tu sheri tau, terpakai google akun hubby ;p

    ReplyDelete
  2. ok sheri (^_^)sat gi terkejut hubby I..hehe

    ReplyDelete
  3. tgk dlm gmba pn dh dpt gmbarkn mcm mane org nye...arwah kakak uffa mmg baik. sbb tu Allah 'sayang'...

    ReplyDelete
  4. Ulfa,
    Sangat sedihnya baca cerita your sister nie... IF ONLY kita dpt detect since the early stage, kan? But then, nie semua sudah suratan Illahi..

    owh, meremang bulu roma saya baca... Allahyarhamah memeang seorang yg tabah... Al-Fatihah untuknya...

    ReplyDelete
  5. Eda, Mummy HnH
    Dia mmg seorang yang baik dan tabah...Ujian untuk dirinya sangat besar...Allah maha mengetahui dan penyayang...I miss her so badly *sob*

    ReplyDelete
  6. ulfa...

    takziah...baru sempat baca entry nih...
    but ur sis sangat2 tabah n redha dengan takdir Allah..Semoga arwah ditempatkan dengan org2 yang soleh...

    ReplyDelete
  7. salam ulfa,
    salam takziah dari akak. maaf sbb akak mmg jarang sgt online kebelakangan ni. buka pun kejap2 je. so,akak baru baca entry ni.

    kuat betul semangat arwah... mmg kuat! mudah2an arwah dikalangan orang2 yang beriman dan soleh.

    kadang2 kita tak cukup ilmu nak tahu bahaya atau tanda2 penyakit .. harapnya kisah ni dpt bagi serba sikit info pada yg lain .

    ReplyDelete
  8. ila & mummy HS
    amin...insyaAllah
    Thanks..

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum ulfa..

    salam takziah dari akak atas pemergian arwah Izzati..

    actually, kami satu sekolah dulu since form 3..
    akak pun baru dpt tahu tentang pemergian arwah izzati...

    ape2 pun, salam takziah dari kami, kawan2 arwah di SMBBB...

    ~kak azlin~

    ReplyDelete
  10. waalaikummusalam kak azlin..
    thanks..akak kelas 3 apa ye dulu? sama dgn dia di mrsm jugak ke?..
    kita sama2 ye doakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...insyaAllah

    ReplyDelete
  11. salam ulfa...

    dulu akak kelas 3 Aman..kalau tak silap, arwah ati kelas 3 nurani kan? kami 1 sekolah menengah je, dia pegi mrsm, akak pegi SMS Muar...pastu lost contact mcm tu je..:)

    nti bolehlah bwk akak jalan2 kertih, t'ganu...hehehe...:D

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Takziah atas kehilangan insan tersayang.
    Just read your blog..

    -Nasrul Fikry Che Pa-

    ReplyDelete

Post a Comment