khaizuran oh khaizuran.....kasihan kat dia tengah demam+batuk+selsema, mata asyik berair. Tak sampai hati tengok badan dia yang lemah, bila sentuh badan dia memang terasa panas. Walaupun demam khaizuran masih obsessed nak berjalan. Semalam mama sampai je di rumah dia dah tarik-tarik tangan mama "jom..jom mama" sambil tunjuk ke pintu. Bila mama kata tak boleh berjalan hari ni, zuran demam terus je menangis dan masih kata "jom...jomlah mama" sambil ambil kunci kereta. Tak sampai hati nak kata tidak, jadi mama bawalah khaizuran berjalan-jalan. Balik daripada berjalan mama suruh khaizuran makan ubat, dia menggeling kepala sambil kata "No, tak nak" takpelah malam nanti sebelum tidur kita makan ye. Bila dah pukul 8.30 mama suruh dia makan ubat. Khaizuran geling kata "No". Mama masukkan ubat dalam air tembikai dia minum sikit then kata "no, taknak". Kemudian mama masukkan ubat dalam susu, minum sikit then dia kata "No taknak". Eeee mama dah mula rasa geram...mama cuba bagi air tembikai yang takde ubat, dia minum dengan begitu best sekali, habis air dalam cawan tu...errrrr zuran ni tahu ke mama letak ubat dalam susu dan air dia. Lepas dia minum air tembikai (tanpa ubat) dia ajak mama ke dapur "mama..nak..nak air". Mama pun bagilah dia minum sikit dan suruh dia ke depan sambil ambil semula cawan dia (meronta ronta nak cawan tu balik) jadi mama angkat dia ke depan dan lari ke dapur tambah ubat ke dalam cawan tadi (air+ubat). Bila bagi balik cawan tu kepada Khaizuran, dia pun happy dan terus minum air tu, elok dia minum je terus dia geling kata "no...tak nak"....errrrr (geram). Mama pun explain kata dia kena makan ubat bagi cepat baik+boleh tidur lena. Masih geling and say "No tak nak". Errrr terus mama panggil abah suruh abah try pujuk dia pulak still dia tak nak, panggil bibik suruh bibik pulak try still gagal. Tak ada cara lain dah melainkan cara memaksa....huhu...so abah pegang khaizuran mama suap ubat ke dalam mulut dia. Apalagi meronta-rontalah dia, sambil kata No...no...pandai pulak hero mama ni jelir lidah, elok ubat dah masuk ke dalam mulut dia keluarkan pulak, bila tak boleh nak keluarkan dia akan menangis sampai dia muntah. Bukan setakat ubat je dia tak nak makan, bila mama nak tampal "cool fever" kat dahi pun dia meronta-ronta tak nak...errrr (geram). At the end malam semalam khaizuran tak tidur langsung, asyik merengek je. Bila dia tak tido ofcourse mama pun tak boleh tido. Errrrr khaizuran oh khaizuran...dahla mama ada kelas pagi dan petang hari ni ~sigh~. Apa pun khaizuran mama still love you...get well soon ye sayang *wink*
mcm biase alami saat2 mcm ni...tp drp cite uffa, lg susah nk bg zuran ubat drp iman...
ReplyDeleteBeen there before.... Masa Aizara baby, hmmmm, mmg teramat susah nak bagi ubat.... Sampai nak kene bukak mulut and terus picit syringe ubat tu.... Ingatkan dah masuk, boleh bernafas lega... After 1 minute, terus muntah.... Semua makanan dlm perut pun keluar.... haru.... Alhamdulillah, bila dah besar, tak yah panggil nak makan ubat, dia sendiri yg ambik ubat and syringe kat peti ais, nak suruh ibu suapkan....
ReplyDeleteitu perkara biase ulfa, awak try ajer lap kan tubuh die dgn air daun bunga rase kalau demam..pas2 letak madu sikit dalam susu die or ape2 air die makan.. ok lar tu..
ReplyDeleteEda, Ibu aizara...
ReplyDeleteGlad to know i am not alone (*_*)..hehe
Aslamiah...thanks for the tips