A Sad Story With A Beautiful Ending

Kisah ini diceritakan oleh my mother a.k.a nenek, kisah mengenai seorang wanita yang ditempatkan di sebelah katil akak Izzati. Sewaktu nenek menceritakan kisah ini bergenang air mata nenek. Walaupun dah lama kisah ini berlaku (lebih kurang 3 minggu yang lalu, tetapi once in a while mama akan teringat dan flashback balik ~sigh~ wanita ini masih muda lagi usianya beliau dilahirkan dalam tahun 1982 dan disahkan mempunyai penyakit yang sama dengan akak izzati iaitu kanser payudara. Wanita ini hanya dapat mengesan yang beliau mempunyai sel kanser di dalam tubuh sewaktu hamil 3 bulan. Doktor yang memantau kehamilan beliau menyarankan agar menggugurkan kandungannya. Tetapi mana mungkin seorang ibu mampu menggugurkan kandungan yang telah disayanginya (itulah berharganya kasih ibu sudah jatuh cinta dengan anaknya meskipun belum bertemu lagi). Wanita ini meneruskan proses kehamilan yang penuh dengan risiko, alhamdullilah meskipun berisiko anak tersebut sihat dan selamat dilahirkan. Sebaik sahaja wanita ini bersalin, beliau terus menerima rawatan untuk membuang sel kanser di dalam tubuhnya. Payudaranya dibuang dan bermulalah kemoterapi yang penuh dengan kesakitan. Sering kali dia muntah, sampai ke tahap badannya menjadi begitu lemah. Demi untuk sebuah kehidupan beliau teruskan juga rawatan ini. Alhamdullilah wanita ini dianugerahkan dengan seorang suami yang penyayang dan prihatin. Menurut nenek setiap hari suaminya akan datang dan menjaganya. Sewaktu badannya lemah dan tidak mampu ke bilik air, si suamilah yang memakai dan membuangkan lampinnya. Si suami juga turut menyuapkan makanan dan minuman ke mulutnya. Kasih sayang suaminya tidak pernah pudar meskipun dirinya sudah tidak secantik dulu (pesakit kemoterapi akan keguguran rambut dll). Ada kalanya si suami akan membawa hasil cinta (anak) mereka ke hospital untuk melawat ibu tercinta. Nenek begitu terharu sekali apabila melihat si suami membawa beg lampin, membancuh susu dan menggendong anak yang masih bayi itu (berusia 4 bulan). Sekali sekala bayi tersebut diletakkan di atas katil ibunya agar si ibu dapat menghilangkan rasa rindu. Sewaktu si suami ingin menukarkan baju atau lampin isterinya bayi itu akan diberikan kepada jururawat sebentar untuk dijaga. Begitulah rutin seharian si suami yang setia menjaga isterinya yang sedang sakit. Pada malam 27 Februari si isteri merayu agar suaminya datang pada malam itu agar dapat dibacakan yassin untuknya (lelaki tidak dibenarkan berada di wad wanita setalah jam 8 malam). Si suami datang bersama keluarga dan anaknya. Pada malam tersebut suaminya membaca yassin dan sentiasa berada di sisi isterinya. Kepala isterinya diletakkan di atas lengannya dan sekali sekali akan dikucup dahi isterinya. Andai si suami ingin bangun pasti kedengaran suara si isteri “abang…abang mana” si isteri tidak mahu berenggang walaupun sesaat, seolah-olah dia tahu itulah masa terakhir beliau dapat bersama dengan suaminya. Sewaktu si isteri menarik nafas dalam, tercungap-cungap untuk bernafas, si suami sentiasa mengingatkan si isteri agar menyebut kalimah Allah. Akhirnya pada malam jumaat wanita/si isteri telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan semua orang yang disayangi iaitu suaminya, anaknya dan bapanya (ibu dan kakak beliau telah meninggal dunia akibat penyakit yang sama - kanser payudara). Sedihnya…anak yang masih tidak mengerti apa-apa kehilangan seorang ibu yang penyayang, si suami kehilangan cintanya dan si ayah tidak lagi dapat merasai kasih anaknya. Tetapi indahnya beliau dapat meninggalkan dunia ini dalam keadaan dia dapat menyebut kalimah Allah, dalam redha suaminya dan di hadapan orang yang disayanginya. Di dalam hati ini tertanya bagaimanakah nanti waktu-waktu terakhirku?
p/s akak izzati masih berada di hospital dan keadaanya makin lemah....I wish I could see her

Comments

  1. U made me cry upa...I did :(.. I was there when she was still alive..masih terngiang-ngiang suara die panggil ani "kakak2" nak mintk tolong waktu ani jage k.Izati, ani masih ingat ani sapukan peanut butter kat roti utk soh die makan, ani masih iangat ani menyuakan segelas air padanya, waktu tu die tak mampu lagi menelan mknn tapi digagahkan diri utk mkn sbb nak telan ubat,suaminya yang penyayang itulah yang memberi salam di luar langsir n bile ani bukak langsir, si suami itu menhulurkan sebungkus buah yg jd bekalan ani sbb k izati tak mampu lagi mengunyah buah yg keras, anak comel dorang yg berbaju kuning penah ani tgk bile seorg nurse bg kat suaminye utk dilihat isterinya yang takde daya lagi...bile mama bgtau, die dah meninggal,I juz cudn't say anything, my heart cried... ucapan terakhir arwah kakak tu pada ani "terima kasih kakak".....

    ReplyDelete
  2. sedih.......
    dulu masa ngandungkan adam, i was suspected to have lump in breast, takut cancer. So, i had to undergo checks at Pantai Hospital, ada breast specialist kat situ. I have already made up my mind, eventhough masa tu tak confirm lagi breast cancer ke tak, that i would only do chemo AFTER the baby is born. Hafiz wasn't happy. But, alhamdulillah, it turned out that i wasn't cancerous. and after gaving birth, it just went away. I can't believe that this story could have been me, should i was diagnosed with breast cancer. Sedih sangat baca. But happy for her because she left dalam keredhaan suami, disayangi suami..although her child tak dapat jumpa dia lagi, insyaAllah satu hari nanti mereka semua akan dipertemukan..Amin

    ReplyDelete
  3. Takziah kepada keluarga si mati....

    Sy juga ada history of breast cancer where one of my aunts died of breast cancer... Masa tu anak-anak dia pun masih kecik... Sy sempat berjumpa dan melihat keadaan dia... Dan dia sempat membisikkan supaya aku berdoa semoga dia kembali sihat... Sayangnya, selepas seminggu sy jumpa dia, dia meninggal dunia... Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yg baik.....

    Moga2 kak izati mampu melawan penyakit dgn penuh semangat dan dorongan dari keluarga dan sahabat handai.....

    Olahan cerita yg sgt bagus... Keep it up....

    ReplyDelete
  4. sy tak blh bace cerite nie.. menangis.. kesian kat anak..tak leh nak bygkan kalau izzah kehilangan sy. nauzubillah..
    ape2 pun..moga roh kakak ulfa tu dicucuri rahmat.amin..

    ReplyDelete
  5. Sis ani, sheri, Ibu aizara and aslamiah...
    Let us all pray kita dipanjangkan umur agar kita dapat membesarkan anak-anak kita ~sigh~...Allah maha penyayang dan maha mengetahui...Only HE know what is the best

    ReplyDelete

Post a Comment