Ok this is the 3rd tag, so let me answer these question while waiting for Asar prayer
1. What were you doing 5 years ago?
Tahun 2004 - tahun pertama master, berjaya menyelesaikan semua subject master (amik course work + thesis). Pada masa yang sama mencari research yang sesuai untuk penulisan thesis. Jadi instruktor kat UKM ajar macam mana nak gunakan software multimedia. 1st day mengajar disaster (tak buat detail preperation, salah sendiri) kalau diingatkan balik memang malu sangat. Tapi selepas melalui pengalaman tersebut, sebelum kelas memang buat detail preperation so selepas first class tu semuanya berjalan dengan lancar dan baik *wink*. Kenangan yang terindah dalam tahun 2004 adalah berkenalan dengan my other half (^_^)mula berkenalan Jun, at the end of July declare "couple" in Oktober My other half datang rumah jumpa my parents and November bertunang (fuuuhhh express kan)
Tahun 2005 - mula buat literature review, but still tak tetapkan skop thesis dengan spesifik. Dapat offer untuk interview di dua buah IPT di Terengganu, satu di kemaman dan satu lagi KT. Oleh sebab my fiance (pada masa tu) berkerja di kertih so walaupun belum siapkan master, dah gatal-gatal pergi attend interview di kemaman. Yelah sayang tau, bukan senang nak dapat kerja kat kertih kebanyakan wife yang ikut hubby ke kertih jadi SAHM. Masa tu memang target nak keja tak nak jadi SAHM (now opposite pulak). May dipanggil berkerja di tempat sekarang, so bermulalah perjalanan mama berkerja sebagai seorang lecturer. Tak sedar diri master tak habis lagi dah sibuk nak kerja, kononnya nanti pandai bahagi masa antara kerja dan research...hehe... Kenangan terindah dalam 2005 adalah mendirikan rumah tangga dengan my other half (^_^) + our honeymoon. Hey apalah master dah la tak siap lagi siap terima tawaran kerja dan kawin pulak...hehe...so untuk 2nd semester sesi 2005/2006 mama tangguhkan pengajian. Tak laratla, apa pun tanggungjawab sebagai pelajar tidak dilupakan, still buat research cuma progress slow sikit.
Tahun 2006 - daftar sebagai pelajar master sepenuh masa kembali, memang all out lah tahun ni, everyday bangun pukul 3 or 4 pagi buat research...penat oooo...workload banyak so time office hour memang tak sempat nak buat research. Lagipun baru jadi lecturer notes, soalan dll kena buat sendiri dari awal. Tapi mama tak pernah komplen, yelah pilihan sendiri kan sape suruh keja dan kawin waktu belajar. Kenangan terindah adalah masa buat pregnancy test dapat positif *yeay* hehe. So bermulalah journey sebagai isteri yang sedang mengandung, pada masa ni thesis berada dalam final stage. At the end of this year submit thesis yang dah siap sepenuhnya *yeay* (^_^)
Tahun 2007- Pada awal tahun agak sedih sebab terpaksa berjauhan dengan my other half, dahla tengah mengandung first child tapi kena berjauhan dengan hubby and family. Mama di kertih abah and family di KL and Banting...huhu...Kenangan terindah pada tahun ni adalah selamat melahirkan hasil cinta mama dan abah pada JUN 2007, yes anak pertama kami Muhammad Khaizuran telah lahir ke dunia (^_^). Dalam pantang UKM call suruh VIVA ...huhu..walaupun dalam pantang mama gagahkan diri pergi jugak. Siap bawa Hubby dan anak lagi, sian kat Khaizuran dalam pantang pun dah keluar ikut mama ke UNI, tak boleh nak tinggal takde siapa nak jaga dia, mama fully breastfeed and both of my Mother ( mama & MIL) berkerja...dan pada masa ni takde maid lagi..kalau ada maid pun tak haraplah nak tinggal baby kat dia...
Tahun 2008- pada Januari +ve mengandung anak kedua...hehe..ops sorry tak sengaja. Memang tak plan nak dapat baby dalam masa terdekat, tapi nak buat macam mana terima je rezeki dari Allah. Dalam keadaan letih melayan khaizuran yang baru 6 month ++ terpaksa melalui fasa morning sickness...huhu...sian kat abah dan khaizuran (tak dapat layanan sepenuhnya dari mama) mama terbaring je nak buat apa pun tak larat. Decide to get a maid. Antara sebab kenapa nak amik maid adalah anak terlampau dekat + nursery di tempat keja tak reliable + kos hantar dua org anak di rumah orang sama je dengan bayar gaji seorang maid. Sewaktu mengandung 8 bulan pergi attend konvo...alahai tak dapat nak melaram pakai jubah je. Kenangan terindah pada tahun ni melahirkan hasil cinta kami yang kedua *wink* pada bulan oktober anak kedua kami Muhammad Khairin telah selamat dilahirkan.
2.What were the 5 things on your to do list today?
Kemaskini subject file, Siapkan semua dokumen untuk visit MQA esok, Recheck buat penambah baikan soalan assignment 3, buat semakan soalan praktikal test dan buat lagi satu set soalan praktikal test.
3. What were the 5 snacks that you enjoy- all kind of cookies, potato chips, ais cream, kerepek and cakes (semua snack yang mengemukkan hehe)
4. What are the 5 things that you do if you are a billionaire
emmm apa ye...tak pernah terfikir jadi orang kaya ni...
1 st - membantu semua negara islam yang memrlukan bantuan
2 nd- membantu masyarakat miskin (tidak kira islam ataupun tidak)
3 rd -sambung belajar buat degree dalam bidang yang diminati (double or triple degree)
4 th -menambah baik lifestyle beli rumah, kereta, pakaian yang selesa
5th - travel all around the world with hubby *wink*
5. Who are the 5 person you wanna tag- ani (adik), ida dan sheri (kalau belum buat tag ni lagi)
p/s la lamanye buat tag ni..asar dah masuk lama dah...hehe
Comments
Post a Comment