Maaf



"Ini adalah kuliyah terakhir kita bagi semester ni, sepanjang saya menjadi pensyarah kamu semua saya ingin minta maaf jika saya ada buat dosa kepada kamu, jika saya ada terambil hak kamu saya mohon kamu halalkan, kalau ada sebarang masalah jangan segan silu untuk berjumpa dengan saya. InsyaAllah mana yang saya boleh tolong saya akan tolong"



Setelah hampir 4 tahun mama menjadi seorang pensyarah inilah kali pertama mama meminta maaf secara ikhlas dan terbuka kepada anak murid mama. Sebelum ini mama adalah seorang yang ego untuk meminta maaf selagi tidak jelas bahawa mama yang bersalah memang mama tidak akan minta maaf. Bagi mama pelajar harus memahami dan menerima style pengajaran mama. Hanya dengan itu mereka layak untuk mendapat A dalam subjek yang mama ajar. Mama tidak merasakan yang mama ada buat dosa dan perlu meminta maaf kerana hubungan di antara mama dengan mereka hanyalah hubungan professional di antara pelajar dan pensyarah. Hanya setelah peristiwa pemergian arwah kak izzati baru mama tersedar yang mama terlalu ego. Sewaktu mama berada di sisi arwah ketika sedang sakit, arwah sentiasa memohon maaf daripada semua individu yang datang melawatnya sahabat, pesakit, rakan sekerja, ahli keluarga pendek kata semualah. Dalam hati mama terdetik adakah mama akan dapat peluang seperti ini, sebelum meninggal dapatkah mama meminta maaf kepada semua individu yang pernah berkecil hati dan marah dengan mama?


Alhamdullilah setelah peristiwa tersebut, mama menyedari betapa istimewanya lafaz maaf itu. Terutama apabila kemaafan itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas dan rasa rendah diri. Mama mengakui adakalanya mama keras kepala. Bagi mama kalau bukan mama yang bersalah buat apa mama minta maaf. Meskipun dengan abah situasi ini tetap sama. Memang biasanya mama yang akan minta maaf dahulu jika ada perselisihan faham. Tetapi sebelum ini maaf itu dilafazkan bukan dengan hati yang ikhlas hanya dilafazkan untuk pendamaian. Hanya selepas pemergian arwah setiap lafaz yang keluar dari bibir maaf adalah maaf yang disulami dengan keikhlasan dan rasa rendah diri. Alhamdullilah mama dapat rasakan kehidupan mama menjadi lagi indah terutama dalam kehidupan rumah tangga mama. Kalau dahulunya bila mama berselisih pendapat dengan abah hanya setelah satu jam baru kami akan berdamai, kini proses pendamaian dapat disegerakan dan kehidupan kami menjadi lebih bahagia. Mama begitu mengharapkan agar mama dapat memberi ketenangan kepada abah. Apabila abah tenang secara automatik mama turut tenang dan bahagia. Harap perubahan ini akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat mama.


Surah al-Rum: 21


Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Allah jadikan daripada kamu isteri-isteri untuk kamu agar kamu berasa tenang dengannya dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih Sayang."



Comments