Semalam sewaktu bersiap hendak ke tempat kerja, saya sempat menonton atau sebenarnya mendengar isu yang dibincangkan di MHI. Isu mengenai perundangan dan kad pengenalan. Peguam yang dijemput ke MHI menegaskan yang kita sebenarnya tidak boleh meninggalkan kad pengenalan (IC) jika kita diminta berbuat demikian sebelum memasuki mana-mana bangunan atau kawasan. Ini adalah salah di sisi undang-undang. Meskipun begitu, yang peliknya premis kerajaan turut mengamalkan kaedah ini, sebelum masuk ke bangunan kena tinggalkan IC kepada pegawai keselamatan yang bertugas.
Bagi memberi kesedaran kepada rakyat isu ini patut disebarkan. Terutama dalam keadaan sekarang yang mana kebanyakan pegawai keselamatan bukan di kalangan warga tempatan. Isu ini adalah penting atas sebab-sebab berikut:
1. Individu terbabit boleh fotostat IC kita dan menyalah gunakan dokumen tersebut.
Bagi memberi kesedaran kepada rakyat isu ini patut disebarkan. Terutama dalam keadaan sekarang yang mana kebanyakan pegawai keselamatan bukan di kalangan warga tempatan. Isu ini adalah penting atas sebab-sebab berikut:
1. Individu terbabit boleh fotostat IC kita dan menyalah gunakan dokumen tersebut.
2. Jika IC tersebut hilang/tertukar kita perlu bertanggungjawab. Sebenarnya mereka yang perlu bertanggungjawab tetapi biasanya mereka akan buat tidak peduli sahaja.
3. Dalam IC kita sekarang terdapat banyak maklumat peribadi. Maklumlah Mykad, maka maklumat lesen, bank, kwsp, Tauch n Go dll semua dapat diakses menggunakan IC tersebut.
4. Dikhuatiri IC kita dipalsukan. Masalah IC palsu ini merupakan salah satu masalah yang semakin parah di negara kita. Jika IC kita dipalsukan sudah tentu kita akan menghadapi masalah pada masa hadapan.
5. Oleh kerana IC adalah tanggungjawab kita (menurut undang-undang) kita sepatutnya menjaga IC kita sebaik-baiknya.
Secara kesimpulannya, peguam tersebut menyatakan jika kita ke kawasan awam sebagai contoh ke premis kerajaan, kita sepatutnya tidak perlu menyerahkan IC kita. Memadai dengan kita menunjukkan IC kita dan menulis no IC bagi rujukan pegawai keselamatan tersebut. Jika kita ingin masuk ke kawasan persendirian ini akan melibatkan undang-undang yang lain. Tetapi tetap secara dasarnya kita tidak perlu meninggalkan IC kita kepada pegawai keselamatan di pintu masuk.
p/s saya bukan pakar undang-undang maka saya tidak dapat menjelaskan secara terperinci mengenai akta yang terlibat. Maklumat yang saya sampaikan sangat general. Jika ada peguam yang ingin betulkan dipersilakan...
btol3X...
ReplyDeletehusb nk msuk balai polis suatu ari, diorg suh tgglkn IC...ble nk kua nk amik blk IC tuh, dh ilang, ade org lain pya je. diorg dh t'bg kt other visitor. bleh plak camtu...not just happened once, but twice...
kurang2 tingglkn driving license je kn, tp diorg nk IC jgk!
ida..kalau ikut peguam tu..lesen pun tak perlu...memadai dengan kita tunjuk IC untuk pengenalan diri je...kemudian kalau dorang nak simpan maklumat tu mereka hanya perlu catat maklumat tersebut...pelik macam mana balai polis pun guna kaedah untuk tinggalkan IC sedangkan benda tu salah di sisi undang-undang...huhu
ReplyDeleteUlfa,
ReplyDeleteKalau lah peguam tue sendiri buat sort of formal letter or information directly to the goverment boards, lagi bagus kan. Kita2 yg rakyat nie apelah sgt, cili padi ajer. Diorang herdik lg ader laa, kalau kita pandai2 cakap xnak tinggalkan IC. Kan?