Khaizuran oh khaizuran cepat je dia membesar. Suka buat mama dan abah tersenyum dan tergelak adakalanya buat mama dan abah geram…grrrr..terutama bila dia tak nak ikut arahan mama dan abah. Sekarang khaizuran dah 26 bulan. Dalam usia ni khaizuran seperti span menyerap apa sahaja yang dilihat. Khaizuran lebih gemar meniru abah berbanding mama. Mungkin sebab abah lelaki dan khaizuran mengidola abah..hehe..tergelak mama tengok dah la muka ala fotostat muka abah ni gaya dan kesukaan pun nak ikut abah. Siap chanel kesukaan di TV pun sama dengan abah..nak tengok sport je ball and cars..pening mama nak melayan ingatkan bila abah takde di rumah boleh lah mama layan oprah n chanel masakan sekarang ni kena berebut dengan khaizuran pulak..pandai pula khaizuran tekan chanel sport tu..huhu..oleh kerana ada dua remote control astro maka aktiviti berebut ni memang menjadi-jadilah. Idea abah la ni nak ada dua remote sebab abah selalu hilangkan remote, abah kata senang bila ada dua remote tak ada la tercari-cari.
* Gambar pertama setelah genap 2 tahun*
Khaizuran sangat meminati kereta. Bila perge ke kedai buku, buku atau majalah yang akan dicapai adalah buku yang ada gambar kereta. Maka tiap-tiap bulan abah beli majalah kereta dengan alasan sebab anak nak..ala macamla mama tak tau abah pun nak sebenarnya guna alasan khaizuran yang nak supaya tak kena ‘tegur’ dengan mama. Di TV pula kalau ada perlumbaan kereta khaizuran tak bagi org tukar chanel lain, nak tengok car sampai habis. Selain dari car khaizuran suka ball..suka tengok bola sepak, tennis dan squash..sebijik macam abah. Petang nak ikut abah pergi main squash..siap bila turun dari kereta bawa raket dan bola lagi..macam pandai je dia main. Bila kami ke kedai permainan, yang menjadi perhatian hanyalah permainan car dan bola. Baru-baru ni abah beli dua kereta control.. Mula-mula tu mama ingatkan satu untuk khaizuran satu untuk khairin..tapi rupanya satu untuk abah dan satu untuk khaizuran..hehe..siapa yang nak kereta control sebenarnya???
* Sangat passion terhadap kereta*
Walaupun khaizuran belum petah bercakap lagi tapi dia suka juga melayan mama berborak…bila mama sebut je perkataan dia akan ikut siap ikut nada sebutannya sekali..kelakar je..ayat yang paling khaizuran suka cakap “mama apa ni?” bila mama jawab dia pun ikut jawapan mama. Walaupun dia belum pandai sebut sesuatu perkataan tu bila kita bercakap dia faham apa yang kita perkatakan. Tiap kali mama balik dari kerja mesti khaizuran sambut mama terus lari peluk mama..alahai terharu mama dibuatnya..harap-harap sampai khaizuran tua lah khaizuran suka tengok dan berjumpa dengan mama…kalau tak jumpa mama je khaizuran akan rindukan mama *wink*
* Nak peluk mama*
Khaizuran ni mama jangkakan adalah seorang yang organize..sebab khaizuran suka main susun barang. Khaizuran suka susun buku, kertas, dan apa sahaja yang dimain. Bila main kereta lepas dah penat main tolak-tolak kereta khaizuran akan aturkan kereta-keretanya dalam satu garis lurus. Mama takut juga kalau perkara ni tak normal atau petanda kepada sebarang penyakit. Tetapi lepas mama buat ‘research’ dan tanya abang Firdaus (Dr. Firdaus) dia kata ok..itu cuma personality khaizuran…
Ok kat bawah ni adalah rujukan untuk kemahiran toddler yang secara normal sudah atau akan kuasai. Sumber: http://www.babycenter.com/0_milestone-chart-25-to-30-months_1496593.bc
25 to 26 month
Mastered Skills (most kids can do)
• Stacks six blocks• Walks with smooth heel-to-toe motion
Emerging Skills (half of kids can do)
• Uses pronouns (e.g., I, me, you)• Washes and dries own hands
Advanced Skills (a few kids can do)
• Speaks clearly most of the time• Draws a vertical line
Ok berdasarkan rujukan tersebut mama dapati untuk kemahiran Mastered Skills (most kids can do) kedua-duanya khaizuran dah kuasai. Selain dari menyusun sesuatu dalam satu garis lurus khaizuran juga gemar menyusun barang ke atas (stacks)..mama teringin nak beli lego or permainan seumpamanya tetapi kena tunggu khairin besar sikit…takut khairin makan mainan tersebut. Emerging skills memang khaizuran sudah pandai menggunakan kata ganti nama seperti mama, abah, adik, nenek, opah, atok, hembah, bibik, kawan dan sebagainya. Membasuh dan mengeringkan tangan..membasuh tangan tu memang boleh tetapi mengeringkan tangan mungkin sebab mama tak ajar betul-betul jadi khaizuran ikut suka je.. kalau kat rumah dia guna towel kalu kat luar takde towel atau tisu dia guna baju dia sendiri kadang-kadang guna baju abah dan mama…huhu..bagi advansed skills kedua-duanya khaizuran belum boleh buat lagi…takpe nanti mama ajar ye khaizuran…

Comments
Post a Comment