Kedua-dua anak lelaki mama sudah pandai bermain sama-sama. Mama dan abah suka tengok bila mereka dapat berkongsi permainan dan bergelak ketawa bersama. Tetapi pada satu malam tu oleh kerana kepenatan kami berdua terlelap dahulu sebelum khaizuran dan khairin. Dalam keadaan tidur-tidur ayam tu mama dengar je gelak ketawa mereka, dalam hati dah terdetik apa agaknya yang tengah mereka buat sampai begitu gembira sekali mereka bermain. Disebabkan malam tu adalah giliran abah untuk berjaga, mama buat tidak peduli jelah dengan harapan abah tengah tengokkan mereka. Tiba-tiba mama terdengar suara abah memarahi khaizuran mama pun terus bangun rupa-rupanya abah pun tertidur dan tidak perasan apa yang khaizuran dan khairin tengah lakukan. Bila abah tersedar memang anginlah abah sebab adik dan abang tu tengah main cream muka artistry mama. Alahai dahla krim tu mahal..huhu...abang dan adik tu main sapu-sapu cream ke seluruh badan mereka berdua. Baru sahaja mama beli krim muka tu dah habis separuh. Patutlah kedua-duanya ketawa sakan...grrr...nasib baiklah krim tu tak masuk ke dalam mata adik atau dimakan oleh adik. Kesimpulannya, lepas ni kalau abang dan adik tu tengah main berdua dan bergelak sakan. Mama kena cepat-cepat tengok apa yang mereka tengah lakukan. Biasanya kalau main permainan mereka sendiri mereka tak adalah gelak beria. Kalau gelak lain macam tu kemungkinan besar mereka tengah bermain dengan barang mama atau abah.
Comments
Post a Comment