Alhamdullilah sudah lebih daripada 15 hari kita dapat menikmati kemuliaan Ramadhan dan Alhamdullilah sekali lagi kerana setakat ni mama dan abah dapat berpuasa dan berterawih sepenuhnya. Pada tahun ni memang mama dah tetapkan matlamat yang Ramadhan kali ini mama tak nak tinggal Terawih dari satu Ramadhan lagi mama ingatkan abah.
“abang tahun ni kita jangan tinggal terawih ye”
“kalau ufa penat abang kena kuat, ingatkan ufa supaya solat terawih”
“kalau abang yang penat ufa akan ingatkan abang, letih macam mana pun kita buat ye tak dapat buat kat masjid kita jemaah kat rumah ”
“abang tahun ni kita jangan tinggal terawih ye”
“kalau ufa penat abang kena kuat, ingatkan ufa supaya solat terawih”
“kalau abang yang penat ufa akan ingatkan abang, letih macam mana pun kita buat ye tak dapat buat kat masjid kita jemaah kat rumah ”
Alhamdullilah sepanjang Ramadhan kami sentiasa ingat mengingati. Sebelum mama kahwin memang terawih sentiasa cukup setiap tahun tapi sejak kahwin ada je tertinggal. Bila dah kerja ni mudah je melayan rasa letih tu, masa student dulu walau apa pun usahakan juga solat terawih. Sepatutnya dari tahun ke tahun amalan kenalah bertambah baik ni sebaliknya. Rasa sedih sangat bila kita gagal nak tambah amalan. Salah satu sebab yang membuat mama rasa terkesan sangat pada Ramadhan tahun ni adalah disebabkan pemergian arwah kakak izzati. Masih jelas lagi ingatan tentang sambutan Ramadhan tahun lepas, kami menyambutnya bersama-sama di awal Ramadhan arwah ada SMS ingatkan mama
“Ulfa marilah sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah dan moga kita dipertemukan dengan lailatul qadar takut-takut Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir…
Benar Ramadhan itu adalah Ramadhan terakhir buat dirinya. Jika arwah benar-benar menghayati Ramadhan pada ketika itu, maka Ramadhan terakhirnya adalah Ramadhan yang terbaik buatnya.
"Ya Allah tempatkan kakakku Nurul Izzati Abdul Aziz di kalangan hambamu yang beriman dan beramal soleh. Amin...
Benarlah pemergian ahli keluarga terdekat merupakan tazkirah yang terbaik buat kita. Pemergiannya sentiasa membuat mama sedar akan kematian itu bila-bila sahaja. Meskipun kita tidak mempunyai apa-apa penyakit tetapi itu bukan petanda yang umur kita masih panjang. Ajal dan maut itu akan tetap tiba meskipun kita tengah sihat atau sakit. Dengan baki Ramadhan yang tidak sampai separuh pun lagi ini…Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan moga Ramadhan ini merupakan satu permulaan atau pengakhiran yang terbaik buat kita…
Sayunya rasa bila Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita…
Tula ulfa, rasa sedih ramadhan kali ni byk dugaan sket dgn my kid sakit :(. terlalu penat sampai letak kepala tertidur. skrg ni dia dah ok sket, baru ada kekuatan, tapi dah belas2 ramadhan.. :(. rasa sedih ramadhan sudah nak berakhir.. wish it would be longer. and thank you sebab ingatkan kita untuk beribadah. semoga keluarga ulfa sentiasa dirahmati Allah. amin
ReplyDeletetakpe sheri..jaga anak pun ibadah..sabar menghadapi dugaan pun salah satu cara untuk mendapat ganjaran Allah..yang penting kita buat apa yang termampu dan berdoa moga Allah sentiasa merahmati kita dan seluruh keluarga kita...sama-sama kita berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik ye...
ReplyDeletehai ulfa..camne nak jadi follower blog ulfa ni..bess laa penuh cerita keibuan sgt..
ReplyDeleteufa please become my blog follower as well kay..bole sambil tukar2 cerita..
http://immasurya.blogspot.com/
hi imma..
ReplyDeleteulfa tak letak pun follower kat blog ni..hehe..macam segan pulak..sbb niat menulis blog utk private reminder je share with family and close friends..apa pun ufa dah link kan blog imma..so senanglah ufa nak tau update dari imma...