Sambutan Aidilfitri 2009

Alhamdullilah raya pada tahun ni kami sekeluarga sudah berempat secara rasminya..Tahun lepas khairin tak nak keluar dari perut mama dah cukup hari pun sebenarnya tapi khairin tetap nak beraya dalam perut mama…

Tahun lepas beraya di Banting..maka tahun ni giliran untuk beraya di sebelah my other half (MOH) aka luqman..Pada pagi 1 syawal kami bersembahyang dan beraya di rumah abah di Kepong..oleh kerana tahun ni semua ada abah pun excited nak ambil gambar keluarga..malangnya semua terlupa bawa kamera termasuklah MOH jadi gambar raya diambil menggunakan kamera handphone sahaja.…nak sangat letak gambar raya tahun ni..tapi gambar ada dengan farhan terpaksalah tunggu dia dan kami balik ke KL untuk mengambil gambar-gambar raya tahun ni..adalah dalam satu dua keeping je..jadilah daripada takde langsung…

Sebenarnya ufa geram jugak dengan luqman sebab dia lupa bawa balik kamera..yelah pada hari-hari yang penting kamera takde..tapi sebab bulan baik hari baik ufa sabar jelah..nak marah pun tak sesuai maklumlah hari raya kan…

Petang raya pertama tu kami balik ke kampung luqman di Kuala Kangsar…destinasi pertama yang kami singgah ialah rumah opah sedara..adik arwah tok osman..ufa pun tak sure nama opah tu apa..huhu..luqman pun tak ingat ufa lagi kan..hehe..yang bestnye beraya kat rumah opah sedara ni dia hidangkan lemang yang dibakar sendiri…sangat sedap…tiada tandingan..lemaknya, lembutnya,masinnya cukup all in all SEDAP….Rumah kedua kami ialah rumah adik abah..rumah makcik nor…malam-malam sempat lagi kami beraya…menurut luqman abah memang time beraya akan pergi beraya hampir ke semua rumah sedara dia..3 hingga 5 hari abah akan beraya dari pagi sampai malam…

Abah memang bagus tak kiralah sedara tu pangkat lagi bawah dari dia pun dia tetap akan beraya…kebiasaannya yang muda pergi beraya ke rumah yang tua..abah tak kisah walaupun dia lebih tua atau pangkat lebih tinggi (pangkat pakcik dengan anak saudara) dia tetap akan menyinggah beraya….destinasi terakhir sekali pada hari tu ialah rumah opah dan atok kami sendiri di Kampung Jamuan Kuala Kangsar (belah mak luqman)..rumah opah (belah abah) di Bukit Chandan Kuala Kangsar kami tak pergi pun, sebab opah dah meninggal dan makyang tiada di rumah pergi beraya di belah suami dia di parit buntar…

Raya kedua..pagi tu kami sekeluarga pergi beraya di rumah makwa yang berdekatan dengan rumah opah…jalan kaki pun sampai…kemudian setelah ke rumah makwa abah dan mak ajak kami beraya ke rumah sedara di luar kampung jamuan…rumah pertama kami singgah rumah mak ina adik kepada mak..sudah empat tahun kami berkahwin tapi inilah kali pertama ufa sampai ke rumah mak ina..setelah ke rumah mak ina kami pergi beraya ke rumah pak ngah masih lagi di dalam kawasan kuala kangsar…tengah hari kami bertolak ke Taiping beraya di rumah opah sedara adik tok osman(atok luqman)petang kami bertolak balik ke kuala kangsar kembali untuk ambil barang dan bersiap ke gerik…

Petang raya kedua..sebelum ke rumah pak ngah (belah abah)di gerik kami singgah beraya di rumah isteri kedua pak ngah..ufa tak sure kat mana..sebab sepanjang perjalanan nak ke sana ufa tertido …dekat-dekat maghrib kami sampai ke rumah mak ngah rahah (isteri pertama pak ngah) di gerik…beraya di rumah pak ngah, dalam pukul lapan lebih kami pergi ke resort untuk berehat..awal pagi esok abah bercadang nak pergi melawat kubur pak ngah…pak ngah baru sahaja meninggal tahun lepas..

Pagi raya ketiga seperti dirancang kami pergi melawat kubur pak ngah di gerik…destinasi seterusnya adalah ke Bachok Kelantan untuk melawat ngah dan anis (adik luqman) yang baru sahaja dapat baby girl…perempuan pertama dalam keluarga abah…anak abah semuanya lelaki dan cucu yang ada pun dua-dua lelaki (anak ufa n luqman)…dalam perjalanan ke kelantan kami singgah makan breakfast di Pulau Banding..sangat cantik resort ni…highly recommended for those who want to have a peaceful vacation….letih betul…..masuk je Jeli jalan sangat sesak…kelantan jem sebab orang beraya…kereta banyak di jalan..kami sampai di rumah hanis petang, setelah 2 jam berada di rumah hanis kami pun ke resort untuk berehat..not bad jugaklah resort dia..cantik dan selesa..alahai nama resort dah terlupa..kurang aware sikit sebab sibuk melayan my two heroes yang kebosanan duduk di dalam kereta dan rumah orang lama-lama…bila dapat berlari dan bermain baru happy sikit…tapi still ufa jadi penat saangggaaatttt mengawal mereka berdua sepanjang masa…

Raya keempat kami bertolak balik ke KL…huhu…punyalah lama kami di dalam kereta….dengan jemnya panasnya…abah siap membebel lagi..susahnya dapat jodoh jauh-jauh..pesan kat anak-anak jangan kahwin dengan orang jauh..ikut kami berdua rumah mak ayah dekat je..dalam area KL dengan Selangor 1 jam setengah dah sampai..hehe…mama layan jelah..cuma sekali sekala tu selit jugak..jodoh mana kita nak tau dapat orang jauh ke dekat….

Kami sampai di KL pada waktu maghrib..penat sangat duduk dalam kereta lama-lama…oleh kerana semuanya tengah penat…esok baru kami balik ke Banting….Jadi tahun ni hanya pada Raya kelima kami dapat beraya di Banting…sayu je adik beradik yang bekerja semua dah tak de…takpe memang macam tu kan adat orang yang sudah berkahwin…di Banting kami banyak berehat tak pergi beraya sangat pun…

Alhamdullilah raya ni ufa dapat berkenalan dengan sanak saudara belah suami….sebelum ni ufa hanya kenal adik beradik mak dengan abah je..opah dan atok sedara memang tak kenal langsung..dengar cerite pun jarang sebab luqman pun tak kenal…hehe..(teruk kan kami ni)

Comments