Bayang-Bayang

Malam semalam mama dan abah bawa khaizuran dan khairin bermain di luar rumah. Langit dipenuhi dengan bintang, pemandangan malam tadi sangat cantik. Apalagi bila ada banyak bintang di langit mama pun ajak khaizuran dan khairin nyanyi lagu twinkle..twinkle little star. Kemudian bila khairin nampak khaizuran berlari-lari khairin pun meronta-ronta suruh mama lepaskan dia supaya dia boleh berlari macam khaizuran. Jadi mama pun biarkan khairin berlari ke arah abangnya. Mama dan abah perhatikan dari jauh. Tiba-tiba mereka berdua bergelak ketawa bersama-sama, kedua-duanya berlari, berjalan dan duduk serentak tiap kali bergerak mereka akan gelak. Mama pun mendekati mereka rupanya khaizuran dan khairin kagum tengok bayang-bayang mereka ke mana mereka pergi apa sahaja yang mereka buat bayang-bayang tu akan sentiasa mengikut mereka. Alahai terharu mama tengok mereka bermain sama-sama dan tergelak mama dan abah tengok mereka jakun dengan bayang-bayang mereka. Satu saat yang sangat manis untuk dikenang.

Comments

  1. iman ngn aisyah pn suke sgt b'gurau. smpai ketawa b'dekah2. tp byk jgk mase diorg gaduh, iman xnk ngalah ngn adik, kedekut mainan, usik adik...hmmm...time ni ummi dia rase geram je...zuran ngn khairin ade jgk ke gitu??

    ReplyDelete
  2. ada..masa tengah baik dgn adik..mainlah sama-sama..tapi bila dia nak bolot mainan tu sorang dia tolak je adik dia...adik pun sekarang ni dah pandai jerit sekuat hati bila abang nak ambil mainan yang dia tengah main..selagi tak memberhaya ufa biar tengok je..kalau dah mula bahaya n boleh cedera baru masuk campur..tapikan walaupun macam tu abang n adik sentiasa nak bersama tak nak berpisah..ke mana berdua je..

    ReplyDelete

Post a Comment