Hujung minggu lepas kami berkesempatan menonton filem 2012, setelah mendengar pelbagai komen positif mengenai filem ini kami pun teringinlah nak tengok kehebatannya. Filem ini mengenai hari kiamat yang turut menumpukan kepada nilai kekeluargaan. Namun begitu, keluarga yang dipaparkan adalah keluarga yang ibu bapanya bercerai, mungkin penceraian merupakan sesuatu yang biasa pada masakini. Sedih bila melihat konflik kekeluargaan seperti ini. Satu keluarga mempunyai satu ibu tetapi dua bapa atau keluarga yang ibu bapanya bercerai dan ayahnya hidup bersama seorang perempuan lain yang bukan isterinya tetapi hanya teman wanitanya, di mana teman wanitanya ada hubungan sulitnya dengan pembantu peribadi ayahnya. Elemen positif mengenai nilai keluarga yang dipaparkan ialah walaupun si ayah telah bercerai dengan si ibu tetapi ayah masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan si isteri masih menghormati kedudukan bekas suaminya sebagai ayah kepada anak-anak mereka. Meskipun tidak tinggal bersama, ayah sentiasa menyayangi dan inginkan hanya yang terbaik buat anak-anak serta bekas isterinya. Selain daripada nilai kekeluargaan filem ini turut menceritakan bagaimana kerajaan menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat. Sering kita dengar bahawa sebuah kerajaan mengatakan “rakyat didahulukan” “rakyat mesti diutamakan” tetapi secara realitinya apabila sesebuah kerajaan itu tersepit di antara keutamaan diri sendiri dan rakyat, kerajaan akan mengambil pilihan untuk selamatkan diri sendiri. Kerajaan juga seringkali mengambil pendekatan merahsiakan banyak perkara daripada rakyat. Jika kerajaan mengatakan “Jangan panik, semuanya terkawal dan jangan terpengaruh dengan berita/sumber luar yang bukan dari kerajaan” sebenarnya keadaan sebaliknya. Nilai positif yang dipaparkan adalah tidak semua presiden itu mementingkan diri, ada presiden yang mahu bersama rakyat dalam keadaan susah dan senang. Mengenai pegawai kerajaan pula ada yang menjalankan tanggunjawab dengan baik dan ikhlas mendahulukan kepentingan rakyat dan ada juga pegawai kerajaan yang mementingkan diri serta tidak menghargai usaha dan pengorbanan pegawai bawahan serta rakyat biasa.
Fokus tentang fenomena kemusnahan bumi yang dipaparkan, dalam review yang saya baca ramai mengatakan mereka insaf sewaktu melihat kemusnahan bumi. Memang kemusnahan yang dipaparkan nampak semulajadi. Memang menginsafkan. Tetapi sebagai orang islam bila kita benar-benar menghayati ajaran Al-quran sememangnya kisah hari kiamat dan gambaran yang diberikan dalam al-quran sangat jelas dan terperinci. Cuma ia adalah sesuatu yang mungkin kita akan lalui ataupun tidak sempat lalui. Namun perasaan takut mesti sentiasa terpahat dalam hati kita bahawa hari pengakhiran itu akan tiba dan hari pengadilan itu adalah BENAR.
Menariknya pembuat filem ini, jika kita amati beliau mengambil kisah Nabi Nuh..perasan tak? Di mana mereka yang terselamat semuanya menaiki satu kapal yang besar, selain manusia binatang juga diselamatkan. Tetapi bezanya mereka yang terselamat adalah golongan yang terpilih iaitu meraka yang mempunyai genetik yang hebat seperti(cantik, genius, ahli sukan dll) yang dapat menyumbang kepada pembinaan ketamadunan manusia. Selain daripada itu golongan yang kaya, berharta dan berpangkat turut akan terselamat dan dapat menaiki kapal besar yang dapat mengharungi tsunami dan gempa bumi yang begitu dahsyat sekali. Berbeza dengan cerita Nabi Nuh yang mana sebenarnya golongan yang terselamat bukanlah mereka yang cantik, kaya atau berpangkat tetapi mereka yang BERTAKWA kepada ALLAH.
Harapnya adalah penerbit filem Islam yang dapat menghasilkan satu filem yang menggambarkan keadaan hari kiamat mengikut cerita dalam Al-quran. Menggambarkan keadaan akhir zaman di mana sebelum hari kiamat tiba Islam akan kembali gemilang dan walau sehebat mana pun seorang manusia itu tidak ada sesiapa pun akan terselamat di hari kiamat. Di hari pengadilan kita semua akan berkumpul untuk menimbang segala kebaikan dan keburukan kita….daripada menerbitkan filem seperti JALANG @ MAT REMPIT sudilah kiranya para penerbit menerbitkan filem berunsurkan ajaran Islam yang nyata lebih bermanfaat.
betul tu ulfa,
ReplyDeleteakak pun perasan ada ikut kisah nabi Nuh.
tp dalam teknologi yg secanggih mana pun, bila dah hari akhir alam dunia tak ada apa yg dapat diselamatkan lagi.
dah punyala hebat keluarga tu.. selamat dari jalan2 yg dah runtuh,kapal terbang masuk debu tebal, kapal rosak etc etc.. kunun hebat sgt la
sebelum ni ulfa pernah komen pasal akak gi bali kan.jadi gi next year?kalau nak baca entry Bali,nnt bg akak email ye.
Pasal Bali tu tak konfem lagi...tapi nak baca mana tahu lepas baca kisah Bali akak jadi teruja pulak..nanti ufa email kak hana ye
ReplyDelete