Pengalaman Ngeri

Ngeri..mengigil seluruh badan. Pengalaman yang menakutkan tetapi syukur Alhamdullilah tidak ada perkara buruk yang berlaku. Sebenarnya peristiwa ini ada kaitan dengan peristiwa sebelum ini. Pada dua minggu lepas mama telah kehilangan handfon. Sebenarnya sukar nak percaya benda seperti ini akan berlaku di sebuah guarded and well educated neighborhood the resident are all educated people (senior engineer, senior executive, manager, GM, SM and CEO) pada malam tu memang mama perasan ada bunyi-bunyi yang pelik di tingkap bilik, tetapi oleh kerana mama ni penakut mama tak pandang ke arah tingkap, sebab mama menjangkakan bunyi tu bukan bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Pada Jam 6 pagi separuh jiwa mama (abah) telah bangun dan pergi ke tingkap dia berasa pelik bila mendapati tingkap bilik terbuka mama katakan mungkin bibik ada buka tingkap dan dia terlupa nak tutup. Kemudian bila nak ke office mama cari handphone tak jumpa. Separuh jiwa kata dia tak ada ambil memang dibiarkan di atas meja. Bila tanya bibik dia pun kata tak ada nampak mama tanya bibik lagi kenapa buka tingkap semalam, terus bibik kata dia tak ada buka tingkap. Kami terus ke tingkap dan kami dapati jaring di tingkap berlubang. Sah handfon dicuri!. Kami pun buat laporan pada Polis Keselamatan di pondok keselamatan. Tengah hari tu sewaktu polis datang memeriksa rumah kami ada jiran yang datang dan menceritakan pada malam tu anaknya nampak tangan menyuluk masuk ke bilik dan terus menangis ketakutan, dia tengok di luar tingkap tak nampak apa-apa jadi dia andaikan anak dia bermimpi. Kemudian bibik jiran di hadapan rumah kami pun baru menyedari dua pasang sport shoes kepunyaannya hilang dan salah satu dawai ampaian di rumahnya dipotong. Polis keselamatan kata mungkin penagih dadah tapi naluri mama kuat mengatakan ini mesti kerja anak staf atau pekerja di situ sebab

1. Buat apa penagih nak curi kasut yang murah, kasut bibik tu sepasang RM 50 sedangkan di luar rumah kami ada je kasut sukan berjenama nike yang berharga RM 300++

2. Basikal di rumah kami dan semua jiran-jiran tidak berkunci ada basikal kanak-kanak hingga ke basikal dewasa kenapa tak ambil pun

3. Bukan senang orang luar nak masuk dan berani nak buat kerja macam tu, nak toreh jaring dan potong ampaian, ambil masa yang lama. Hanya orang yang biasa dengan kawasan ini je yang berani membuat nodus operandi yang begitu.

Okey balik ke kisah malam tadi, pada pukul 430 mama terdengar bunyi dari tingkap mama pandang ke tingkap tak ada apa-apa pada jam 5 pagi jam loceng berbunyi masih lagi terdapat bunyi di tingkap bila mama pandang tak ada apa-apa. Mama cuba melelapkan mata tiba- tiba mama nampak langsir diselak TAKUT mama cuba kejutkan separuh jiwa dia tak bangun kemudian bila nampak tangan menyeluk masuk mama JERIT sekuat hati, Separuh jiwa turut terjaga dia pun jerit. Dia jerit mama pun jerit (part ni bila dingatkan kelakar sikit bila dua-dua jerit) kemudian mama pandang dia “abang pencuri”, Baru dia tersedar dan terus bangun pergi ke tingkap. Tindakan spontan lelaki memang dia terus capai raket tennis nak kejar pencuri.

Mama yang dalam keadaan trauma dan menggigil halang dia, takut pencuri bawa senjata. Kami call Polis keselamatan. Nombor pula expired. Buka semua lampu di depan rumah spotlight dll jenguk ke luar. Nampak bibik di depan rumah sedang ke luar. Kami bunyikan alarm kereta. Kemudian slowly kami keluar. Tanya bibik, dia terkejut kata tak nampak apa-apa kami terus ke pondok keselamatan buat laporan.

Ketua polis keselamatan terus escort kami balik ke rumah periksa tempat kejadian. Memang ada kesan tapak kaki di tanah nampak macam seolah-oleh penjahat tu terjatuh. Ketua polis bagitahu mereka ada suspek dan rumah suspek tu memang dekat dengan rumah kami. Cuma tak ada bukti jadi susah sikit. Ketua polis menceritakan beberapa peristiwa yang berlaku baru-baru ni:

1. Rumah di Jalan belakang rumah kami, dompetnya dicuri siap dompet tu berada di sebelah dia sewaktu dia tidur. Penjahat menggunakan buluh untuk mendapatkan dompet tu. Hilang 1k tapi dompet ditinggalkan hanya ambil duit

2.Rumah di Jalan hadapan rumah kami, kereta dipecah. Peliknya kalau orang nak curi kereta mesti dia pecahkan kereta yang parking di belakang ni tidak dia pecahkan kereta yang di hadapan (kereta belakang blok kereta tu). Alarm kereta berbunyi tuan rumah dan jiran terjaga bila keluar rumah tak nampak ada orang lari ke apa dan takde barang yang hilang.

3. Rumah di Jalan hadapan, cas handfon di dapur bangun pagi tengok tinggal alat cas je handfon hilang

4. Rumah di jalan hadapan, kasut asyik hilang.

5. Ada sekali tu tuan rumah di Jalan hadapan nampak pencuri sedang seluk tangan, pelahan-lahan dia call polis keselamatan 6 or 4 (mama tak ingatlah) polis datang kepung tapi si penjahat berjaya melarikan diri.

Pagi tadi bila dah cerah bibik ke luar nak menyapu bahagian hadapan rumah, bibik kata ada pisau. Sah penjahat tu terkejut sangat sampai lari pisau jatuh pun tak ambil. Alhamdullilah separuh jiwa tak kejar dia, bahaya takut penjahat tikam guna pisau je. Sekali lagi kami buat laporan terdapat pisau ditinggalkan kemudian polis tu cerita.

"Subuh tadi lepas polis tu beredar dari rumah kami dan berjaga di pondok suspect yang rumah berdekatan tu ada keluar jam 6 pagi, Polis tu pun tanya awak buat apa tadi nampaklah dia cuak dan dia nafikan, polis periksa kereta tak ada apa-apa kemudian bila tanya nak pergi mana pagi-pagi ni dia jawab nak top up. Emmm pelik awalnya nak top up? Tapi tak baikkan menuduh tanpa bukti..so tak nak lah cakap lebih-lebih.

Kesian dekat khaizuran dan khairin masa mama menjerit tu mereka terkejut, Terkebil-kebil mata. Alhamdullilah kami semua dalam keadaan baik tidak ada perkara yang tidak dingini berlaku. Bila keadaan dah tenang kembali tadi mama ada tanya separuh jiwa,

“abang kenapa abang jerit tadi”,
“sebenarnya abang tengah mimpi dalam mimpi tu abang menjerit, jadi bila ufa menjerit kuat-kuat abang tanpa sedar pun menjerit, bila dengar ufa sebut pencuri baru abang sedar”,
“hehe, bila diingat kelakar jugak, sure penjahat terkejut bila laki bini menjerit berkali-kali”,

Saranan polis keselamatan:
Kalau perkara sama berlaku, jangan panik senyap-senyap telefon mereka. Agar penjahat tu ditangkap.


Comments

  1. Syukur alhamdulillah tak der apa2 berlaku masa tuh ufa..but henfon yang hilang tuh mmg dah takder rezki nampaknyaa...tapi Allah masih lindungi yg lain2 nyaa tuu..

    BTW ufa, at the ver last of this entry..sempat lagi imma tergelak sorg2, skrg ni pkl 12.30tghmlm bila baca situasi kelakar berbalas menjerit tuu..hahahahaaa...

    ReplyDelete
  2. aah imma...dalam takut dan trauma ni bila teringat part yang tu memang akan tergelak...hehe..

    ReplyDelete
  3. hi ulfa..apala bapak kerja petronas pun nak curi2?mental agaknya..su pun takde no polis tu,yg lama dah expired..kalau ada blh la share

    lawak baca hsband ulfa pun terjerit2..hehe

    ReplyDelete
  4. memang menyusahkan orang dan buta malu mak bapak je...ni no terbaru security 098665609

    p/s sangat lawak siap ufa gelak sampai menangis..hehe

    ReplyDelete
  5. salam ulfa, we all pun kena last year. depa curi copper wire. call post guard pun no tel dah invalid. call 999, depa transfer to KT, then KT nak transfer call to kemaman. Kemaman baru nak transfer kerteh. ceeh, called my fren & they alerted the guards.

    i was so mad & called ecro the next day. baru la semua nak update.. yes, the guards pun mentioned that byk kes ni, anak2 org dalam yg bikin. i guess so sebab they know the places very well kan.. and in fact rumah yg husbands away & abroad pun depa terjah..

    ReplyDelete
  6. salam..
    akak pun tergelak baca yg akhir tu..
    seriau juga baca.. kat mana2 pun dah kurang selamat. mcm mana la zaman akan dtg pula kan.akak pun kadang2 risau sbb husband mmg kadang ada kadang tak ada... mudah2an kita semua dalam lindungan Allah

    ReplyDelete
  7. Mulan..so frustrating when we are living in a guarded community but yet things like that happen...bila dengar kemungkinan besar anak2 staf yang buat mmg panas je..takde keje lain lah diorang ni..

    kak hana..everytime hubby takde mmg berdebar ..ufa shortly after peristiwa ni berlaku hubby kena keje di plant waktu malam..siang baru balik..eee mmg susah je nak tidur...asyik fikirkan yang bukan2..

    ReplyDelete

Post a Comment