Separuh jiwa ada kerja di Kedah dua hari dia tidak ada di rumah. Waktu abah bertolak mama, khaizuran dan khairin telah hantar abah ke lapangan terbang Kerteh. Petang semalam abah telefon suruh mama beli tiket firefly di kaunter. Masa nak beli tiket tu mama bawa khaizuran dan khairin sekali. Sampai je di lapangan terbang khaizuran ceria.
Khaizuran: Mama abah balikkan?
Mama: Tak, mama beli tiket je.
Khaizuran: Abah balikkan, abah tak work.
Mama: Abah work lagi, esok abah balik. Mama nak beli tiket untuk abah baliklah ni.
Khaizuran: oooo abah work
Dalam Lapangan Terbang mata khaizuran melilau, tiap kali ada lelaki jalan ke arah kami dia akan pandang. Mama perasan bila ada orang lelaki melintasi kami khaizuran akan kata “ala bukan abah”, kemudian selepas beberapa ketika khaizuran akan mendekati mama dan bertanya “abah mana?”,
Bila masuk ke kereta khaizuran pandang mama “mama abah work ye? Abah takde”,
Sayu je hati. Sebelum ni mama selalu tegur abah kata abah jarang luang masa dengan anak-anak dan nanti anak-anak akan jauh dan tak rapat dengan abah. Mama silap walaupun masa yang diluangkan dari segi kuantitinya sedikit tetapi abah telah berjaya memberi masa berkualiti buat anak-anak. Sebab itu walaupun abah tidak ada satu hari pun anak-anak mula terasa dan sentiasa bertanya abah mana?
“ufa minta maaf, abang memang abah yang terbaik buat anak-anak. Abang cepatlah balik!"
msti sbb xpnh b'jauhan ni...slalu abah ade dpn mata...skrg xde. mmg laa terase...
ReplyDeletekalo ank2 igt slalu bile abhnye xde, mmg abh diorg abh yg baik laa tu uffa...
mama khaizuran, tolong go to
ReplyDeletehttp://idazuraiha.blogspot.com
& save kn skali link ni di blog anda yea...
uwwaaaa...
Assalamu'alaikum Ulfa, ni Pakcik Art kat PETRONAS KLCC. Boleh tak tolong bagi Luqman punya staff number kat pakcik sebab HR kami tanya. Pakcik ada declare Luqman sebagai relative working in PETRONAS, jadi HR nak dia punya staff number. Email kat shaharh@petronas.com.my. Luqman sekarang based kat Dayabumi ke?
ReplyDelete