Perasaan Perempuan

Ada masanya hati sangat terluka dengan kata-kata dan tindakan separuh jiwa kita. Rasa yang sedih sangat sehingga kita rasa sampai hati dia buat kita macam ni..hati dia dah berubah tak sayang kita macam mana dia sayang kita dulu.

Bila emosi menguasai diri mula kita menangis tanpa henti bila dia tanya kenapa kita hanya akan kata kita kecewa tanpa ingin memberi penerangan selanjutnya. Sebab utama pelakuan ini adalah kerana kita rasa kita boleh tanggung tidak perlu diluahkan atau kita rasa kalau cakap pun tak guna bukannya dia faham dan kebiasaannya kita rasa takkan dia tidak tahu kesalahan dia benda macam tu pun kena bagitahu?.

Semalaman kita akan berduka, menangis, marah, geram dan kecewa. Mungkin kerana ego kita tak nak luahkan dan tak nak tunjukkan kita lemah dan bergantung emosi kepada dia. Akhirnya kita yang rugi mood tidak akan baik selagi semuanya kita pendam di dalam hati. Mula- mula kita hanya menangis, kemudian bila dia pandang kita pandang tempat lain atau buat muka yang sedih dan seperti biasa bila dia tanya kita akan jawab “tak ada apa-apa kita okey je”, akhirnya bila kita rasa penat untuk menanggung emosi kita luahkan.

Kelakarnya hanya dengan berbicara seketika dari hati ke hati emosi kita akan jadi baik, kita gembira dan perasaan kecewa terhadap separuh jiwa kita terus bertukar menjadi sayang. Kita rasa bersyukur kerana mendapat dia sebagai jodoh kita. Kenapa susah untuk kita nak terus luahkan, selalunya kita akan merajuk bermasam muka berjam-jam. Padahal kalu kita luahkan kekusutan itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

Sudah hampir lima tahun kami berkahwin, tetapi perkara ini sering berulang. Adakah kebanyakan perempuan macam ni atau ulfa je yang berperangai macam ni? Adakah kerana ego? atau memang sifat semulajadi perempuan? Atau memang benar perempuan kuat dipengaruhi oleh emosi?

Comments

  1. ufa, this is normal..definitely normal in normal marriage...we just have to live with it...that's all..pk dlm2 pon..xkn resolve...live with it...and maybe, lama2..bende tu dh xhappen dah...and kita pon leh take it easy....=)

    ReplyDelete

Post a Comment