Sejak awal bulan jun ini Khaizuran dan khairin di hantar ke taska. Ini merupakan perubahan yang agak besar buat mereka berdua. Pada minggu pertama memang betul-betul menguji emosi mama dan abah.
Minggu pertama:
Hari pertama: Khaizuran menangis dan berdiri di pintu tanpa mahu berganjak sambil berkata “mama zuran tak nak..zuran tak nak”. Khairin tenang sahaja dan tidak menangis.
Pilu hati mama dan abah, sepanjang perjalanan ke tempat kerja mama menangis dan tidak berhenti berdoa semoga mereka selamat dan tidak dizalimi. Mama tahu abah pun tersentuh sebab abah diam sahaja di sepanjang perjalanan.
Hari kedua: kedua-duanya menangis tidak mahu ditinggalkan. Aduhai terduga betul emosi mama. Ikutkan hati mahu berhenti kerja. Abah pula cadangkan kami ambil pembantu rumah baru..huhu..sedih tengok anak-anak menangis
Hari ketiga: abah cadangkan mama duduk sekali dengan khaizuran dan khairin agar mereka tak menangis, bila mereka mula bermain dengan kawan-kawan baru tinggalkan mereka. Khaizuran dan khairin tak nak bermain dengan kawan-kawan dan hanya mahu duduk bersama mama. Bila mama bangun nak tinggalkan mereka jadi lagi dramatik, bukan setakat menangis je meraung dan berguling tak nak ditinggalkan. Aduhai…sekali lagi mama menangis ke tempat kerja.
Hari keempat: sebaik sampai je di pintu pagar taska. Kedua-duanya peluk mama “mama tak nak, tak nak” tetapi mama terpaksa tinggalkan juga. Mama memujuk dan berjanji mama akan datang ambil petang ni dan terus bawa mereka berjalan-jalan. Reda sikit tangisan mereka tetapi masih menangis
Sepanjang minggu emosi mama terganggu susah hati sampai berat badan pun hilang 2 kg..huhu..nak makan tak lalu tidur tak lena buat kerja tidak fokus asyik fikir anak-anak. Mama telefon dan rujuk kawan-kawan yang pernah hantar anak-anak ke taska semuanya kata biasalah tu. Siap kata perkara ini mungkin akan berlarutan sampai sebulan…aduhai
Minggu Kedua:
Hari pertama: khaizuran dan khairin seolah-olah reda je ditinggalkan.
“mama work, abah work jadi kena duduk taska kan,” “nanti mama balik bawa jalan-jalan, zuran nak gula-gula ye,”
Masih menangis, tetapi menangis ala-ala manja. Tidak menjerit-jerit dan tetap melambai mama sewaktu ditinggalkan
Hari kedua:
Muka tidak ceria tetapi tidak menangis. Khaizuran sudah faham sebaik sampai je dia kata "mama dan abah work kan, zuran dan adik duduk taska”,
Hari ketiga – hari ini:
Khairin tersenyum sambil melambai, khaizuran melambai tetapi mata berair. Sayu hati tetapi inilah dugaan bagi ibu yang memilih untuk bekerja.
Mama berdoa semoga anak-anak mama selamat dan di bawah jagaan yang baik. Ada hikmah pada setiap kejadian. Takdir Bibik lari tak balik Malaysia ada hikmahnya dan terbaik buat anak-anak mama. Mama kena kuat agar anak-anak mama manjadi insan yang kuat dan mampu menghadapi setiap cabaran hidup. Tidak selama-lamanya mereka akan selesa dan sentiasa mendapat apa yang diingini. Sebagai khalifah mereka perlu manjadi insan yang kuat emosi dan fizikalnya.
i feel you, but i like the ending. memang kena kuatkan diorg. alah bisa, tegal biasa, lama2 ok kan? and kita pun happy, insyaAllah
ReplyDeleteHai Ulfa,
ReplyDeleteWahh, sukar juga awal2 nak hantar ke nurseri. Kalau saya pon confirm nanges. Takpelah Ulfa, pasti ada hikmah di sebalinya (wahh, mesti dah byk kali Ulfa dengar ayat nie).
Kami pon sedang usaha cari maid baru nie, tapi masih belum berjumpa. Maid sekarang nie baik, tapi nak balek terus pula sebab rindukan anak.
Semoga kita dapat cari pengganti yang baru & boleh diharapakan untuk menjaga anak2 kita nanti. Amiin!
- Arnie
perkara biase tu uffa...ida dh lalui sume tu...sbb uffa dh anta ank2 yg dh bsr, diorg dh fhm erti ditinggalkn & biase duk umh mase mama abh keje, sbb tu susah skit...mcm ida dulu, abis pntang dh tgglkn diorg dgn penuh tawakal. tp bile diorg dh fhm pon diorg akn menangis bile ditingglkn. time tu kite akn rase kesian sgt kt ank2, lbih2 lg uffa yg xpnh anta ank ke taska sblm ni. lame2 diorg akn OK...
ReplyDeletekeje laa uffa, jgn berenti...insyaAllah diorg kn baik2 aja...
sheri..harapnya lama-lama ok, sometimes terfikir juga anak-anak palestine lagi besar dugaan dia setiap hari kemungkinan besar ada orang terdekat mereka akan tinggalkan mereka buat selamanya...tp mereka tabah boleh survive...bukanlah nak disamakan 100% tapi anak-anak kita juga perlu dilatih untuk mempunyai emosi dan fizikal yang kuat..selagi tidak didera, dibuli, diberi makan dan dilayan secara baik mereka patut boleh terima..bukan selalunya mereka akan dapat apa yang dingini..
ReplyDeletearnie..lama tak dengar cerite, arnie mmg plan nak amik maid lagi ke?..buat masa ni ufa cuba bertahan lagipun khaizuran akan 4 dan khairin 3 next year, mgkn hantar mereka ke preschool je...arnie blog arnie ada lagi ke? ufa tak boleh akses lah..kalu sudi add lah ufa sebagai reader ye nurululfa[at]gmail.com
idda...thanks harapnya semua ok, idda takde plan nak keje balik ke? ke ada plan nak buat bisnes?
ufa..everything will get better soon.. ;)..its normal..
ReplyDeletesalam ufa,
ReplyDeletesedih juga baca.kak hana mmg tak ada pengalaman.almaklum la, jaga sendiri.tp masing2 pun ada cabaran dalam membesarkan anak kan.insyaAllah, mudah2an lepas ni makin ok