Diari Ramadan

Alhamdullilah hari ni dah masuk hari kedua belas kami berpuasa. Ramadhan kali ni ada sedikit kelainan dan yang paling ketara kami berdua menjadi sangat berdikari. Tanpa pembantu rumah semuanya kami lakukan sendiri.

Dengan bangganya kita boleh katakan most of the time kita memasak. Bukan senang tapi takdelah susah sangat pun…tipsnya dalam hati kena sentiasa berkata-kata ada ganjarannnya yang best menanti bila kita memasak untuk suami dan keluarga tercinta. Masakan yang dimasak pun yang simple sahaja…selalu tanya separuh jiwa apa yang dia nak dan juadah tu yang akan dimasak nasib baiklah dapat pasangan yang tak cerewet, makan je apa yang dimasak dan tidak meminta-minta masakan yang susah. Ada sekali dua kami membeli juga terutama bila ada kelas sampai pukul 6 petang sampai rumah dah pukul 6.40 nak mengemas rumah lagi memang tak sempat nak masak sebab kita tak suka berbuka dalam keadaan rumah yang tak terurus jadi kena pilih salah satu sama ada nak mengemas atau memasak. Dalam sekali dua membeli tu kami ada juga terkena keracunan makanan..huhu..tak best..itu yang selagi boleh tu kita memasak.

Cita-cita nak selalu ke masjid masih belum berjaya, setakat hari ni kita hanya dapat ke masjid 4 kali dan separuh jiwa 5 kali. Minggu lepas tak berapa sihat dan selalu je rasa letih. Bila khairin dan khaizuran cerit berit kami tak dapat ke masjid lagi jadi sembahyang di rumah sahaja. Ada satu malam tu kami hanya dapat sembahyang terawih dua rakaat je di masjid. Hari tu kami ke masjid lambat, masa kami sampai dah rakaat ke enam tak tahu kenapa habis rakaat yang ke lapan imam terus baca doa panjang dan buat witir. Kami ni terkapai-kapai..aik..dah habis dah terawih..hehe…kami dah jumpa sebuah masjid yang sesuai untuk bawa anak-anak jauh sikit dari rumah tapi sebab suasana masjid yang lapang, sejuk dan friendly kepada budak kami pergi ke masjid tu. Walaupun majoriti jemaah orang tua tapi mereka tak pernah nak marah budak-budak yang ‘bermain’. Jadi kami boleh sembahyang dengan senang hati dalam masa yang sama didik anak-anak kami tentang akhlak di dalam masjid adakala kami berjaya tetapi ada waktunya anak-anak ignore..huhu..

Jejak rasul Ramadan kali ni dapat mendidik jiwa kita agar menjadi insan yang lebih baik. Kisah tentang wanita-wanita hebat dalam Islam cukup menyentuh jiwa..hendak bandingkan kita dengan mereka jauh langit dari bumi. Selepas mendengar kisah wanita-wanita hebat ini rasa diri sangat kerdil..dugaan mereka jauh lagi hebat dari kita tetapi hati mereka sentiasa redha dan sabar. Harap-harap diri ini dapat menenangkan hati dan mata separuh jiwaku sebagaimana Saidatina Khadijah menenangkan hati dan mata Rasullullah s.a.w. Sekarang ni jejak rasul menceritakan kisah bumi palestin dan yahudi topik yang best untuk diketahui dan ditonton.

Oklah setakat tu dulu..nanti kita sambung lagi dairi Ramadan ini…

Comments