Alhamdullilah tahun ni dipertemukan lagi dengan Ramadhan, bulan yang indah bulan yang penuh dengan barakah. Kalau sebelum ni malas nak buat amalan sunat dalam bulan ni jadi rajin, kalau sebelum ni tak jejak kaki ke masjid bulan ni bersemangat ke masjid, kalau sebelum ni kurang mengaji di bulan ini tiap-tiap hari kita mengaji dan rajin mendengar bacaan al-quran, bagi kami yang bergelar isteri kalau sebelum mengelat memasak untuk keluarga tercinta bulan ini bersemangat untuk menyediakan juadah istimewa buat orang tersayang.
Ramadhan tahun ni ada kelainan sikit, bekerja di tempat baru dan tidak mempunyai pembantu rumah. Kalau tahun lepas dapat memasak tiap-tiap hari, tahun ni mungkin tidak dapat melakukan yang sama. Hari Ahad dan Isnin ada kelas sampai pukul 6 jadi untuk kedua hari ini saya akan beli saja di pasar hari-hari yang lain bergantung kepada keadaan. Dugaan dan cabaran berbeza tetapi matlamat dan perasaan tetap sama ingin menghayati dan merebut peluang terhebat yang Allah beri. The Mega Sale of the year setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya..MasyaAllah…Alhamdullilah..
Kalau Ramadahan lepas kami sekeluarga dapat menyuburkan solat berjemaah di rumah, Alhamdullilah dapat solat terawikh setiap hari. Pada tahun ni matlamat baru kami ialah ingin mengimarahkan masjid. Anak-anak dah berusia 3 dan hampir 2 tahun masa yang sangat sesuai untuk menyemat perasaan cinta terhadap masjid. InsyaAllah malam ini merupakan malam pertama kami ke masjid, perancangannya kami akan pergi ke masjid yang agak besar dan tidak sesak agar anak-anak tidak berasa kurang selasa dan tidak mengganggu jemaah lain. Di kertih kami tidak tahu mana satu masjid yang Friendly kepada kanak-kanak jadi kami akan try and error sehingga jumpa masjid yang paling sesuai.
Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan…Rebutlah peluang dan ganjaran Ramadhan kali ini takut-takut ini Ramadhan yang terakhir buat kita…
Comments
Post a Comment