Wednesday, September 9, 2009

Mama Ayang kan…..

Dalam Ramadhan yang penuh dengan barakah ni setiap hari mama dan abah dapat sembahyang berjemaah, semua memang tahu akan kelebihan dan kebaikan sembahyang berjemaah. Tetapi ada satu hikmah yang begitu berharga sekali yang diperoleh oleh kita ibu bapa secara tidak langsung melalui aktiviti sembahyang berjemaah. Iaitu membantu kita mengajar anak-anak kita tentang tangungjawabnya terhadap Allah.

Mama dan abah amalkan berbuka puasa dengan meminum air dan makan beberapa kuih, kemudian kami akan berhenti makan dan solat maghrib berjemaah. Khaizuran yang memang setia menemani mama dan abah turut meniru perbuatan kami. Mula-mula dia akan makan kuih dan minum air lepas tu akan bangun meninggalkan meja bersama mama dengan abah sambil berkata

“mama ayang kan (sembahyang)”
Aah sayang, mama kena amik air sembahyang dulu”

Terus je khaizuran ikut satu persatu..basuh tangan , kumur-kumur sehingga ke basuh kaki..siap masa basuh tangan tu gerakkan jari macam pakai cincin (sebab tiru mama punya pasal..hehe)Kemudian bila kami bentangkan sejadah dia pun nak satu sejadah…kali ni dia tiru abah..

Angkat takbir, kemudian baca fatihah..khaizuran keluarkan rhythm je sebab dia masih belum tahu baca fatihah sebutan yang betul hanya sewaktu dia sebut amin..masa tahiyat akhir jari siap naik turun macam abah..lepas bagi salam kanan dan kiri terus tadah tangan ikut abah..mulut kumat kamit macam tengah baca doa bila mama dan abah sebut amin dia pun turut sebut amin….pengakhirannya khaizuran akan sapu muka dengan kedua tapak tangannya..alahai comelnyeeee anak mama

Alhamdullilah pada usia 2 tahun khaizuran sudah terdedah dengan tanggungjawab seorang muslim. Harapnya anak-anak mama akan teguh menegakkan tiang agama iaitu sembahyang lima waktu sehari semalam hingga ke akhir hayat

Sunday, September 6, 2009

Ramadhan - Peringatan Buat Diri Ini

Alhamdullilah sudah lebih daripada 15 hari kita dapat menikmati kemuliaan Ramadhan dan Alhamdullilah sekali lagi kerana setakat ni mama dan abah dapat berpuasa dan berterawih sepenuhnya. Pada tahun ni memang mama dah tetapkan matlamat yang Ramadhan kali ini mama tak nak tinggal Terawih dari satu Ramadhan lagi mama ingatkan abah.

“abang tahun ni kita jangan tinggal terawih ye”
“kalau ufa penat abang kena kuat, ingatkan ufa supaya solat terawih”
“kalau abang yang penat ufa akan ingatkan abang, letih macam mana pun kita buat ye tak dapat buat kat masjid kita jemaah kat rumah


Alhamdullilah sepanjang Ramadhan kami sentiasa ingat mengingati. Sebelum mama kahwin memang terawih sentiasa cukup setiap tahun tapi sejak kahwin ada je tertinggal. Bila dah kerja ni mudah je melayan rasa letih tu, masa student dulu walau apa pun usahakan juga solat terawih. Sepatutnya dari tahun ke tahun amalan kenalah bertambah baik ni sebaliknya. Rasa sedih sangat bila kita gagal nak tambah amalan. Salah satu sebab yang membuat mama rasa terkesan sangat pada Ramadhan tahun ni adalah disebabkan pemergian arwah kakak izzati. Masih jelas lagi ingatan tentang sambutan Ramadhan tahun lepas, kami menyambutnya bersama-sama di awal Ramadhan arwah ada SMS ingatkan mama

“Ulfa marilah sama-sama kita perbanyakkan amal ibadah dan moga kita dipertemukan dengan lailatul qadar takut-takut Ramadhan ini adalah Ramadhan terakhir…

Benar Ramadhan itu adalah Ramadhan terakhir buat dirinya. Jika arwah benar-benar menghayati Ramadhan pada ketika itu, maka Ramadhan terakhirnya adalah Ramadhan yang terbaik buatnya.


"Ya Allah tempatkan kakakku Nurul Izzati Abdul Aziz di kalangan hambamu yang beriman dan beramal soleh. Amin...

Benarlah pemergian ahli keluarga terdekat merupakan tazkirah yang terbaik buat kita. Pemergiannya sentiasa membuat mama sedar akan kematian itu bila-bila sahaja. Meskipun kita tidak mempunyai apa-apa penyakit tetapi itu bukan petanda yang umur kita masih panjang. Ajal dan maut itu akan tetap tiba meskipun kita tengah sihat atau sakit. Dengan baki Ramadhan yang tidak sampai separuh pun lagi ini…Marilah sama-sama kita pertingkatkan amalan moga Ramadhan ini merupakan satu permulaan atau pengakhiran yang terbaik buat kita…

Sayunya rasa bila Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita…