Wednesday, August 26, 2009

Menyusu Dalam Bulan Ramadhan

Alhamdullilah tahun ini merupakan pengalaman kedua mama menyusukan anak mama di bulan Ramadhan. Ramadhan 2007 merupakan pengalaman pertama, pada ketika itu Khaizuran berusia 3 bulan Alhamdullilah mama berjaya menyusukan khaizuran sepenuhnya. Mama tidak menghadapi masalah kekurangan susu, 6 bulan pertama memang penghasilan susu berada dalam keadaan yang baik. Pada tempoh 6 bulan pertama dalam satu hari mama dapat pam susu untuk dua hari punya stok tetapi bila dah masuk 7 bulan penghasilan susu mula berkurang. Pada tahun 2007 mama hanya tidak dapat berpuasa satu hari sahaja (berbuka puasa disebabkan menyusu). Sebenarnya mama yang cuai, oleh kerana susu masih banyak walaupun mama berpuasa maka mama tidak begitu menjaga pemakanan mama. Mama terpaksa berbuka puasa setelah tiga hari mama tidak makan nasi iaitu berbuka dan bersahur tanpa nasi. Pada hari keempat mama terasa badan letih sangat dan bila mama berdiri terasa melayang-layang macam nak jatuh, mama hanya boleh berbaring sahaja. Oleh kerana hari tersebut adalah hari bekerja dan mama ada kelas kena mengajar untuk beberapa jam maka mama mengambil keputusan untuk berbuka puasa..huhu..selepas peristiwa tersebut mama menjaga pemakanan, mama pastikan yang mama makan nasi sewaktu berbuka dan bersahur untuk menampung keperluan badan yang sedang berpuasa dan menyusu.

Pengalaman berpuasa dan menyusu pada tahun ini agak berbeza. Pertamanya kerana usia khairin 10 bulan dan akan 11 bulan pada awal bulan depan menyebabkan kadar penghasilan susu jauh lebih sedikit. Mama terpaksa pam susu dengan lebih kerap. Oleh kerana mama berpuasa sesi pam susu di tempat kerja tak dapat mama lakukan dengan kerap, bagi mengelakkan badan berasa letih dan penurunan produktiviti kerja. Tak naklah produktiviti kerja mama berkurangan disebabkan berpuasa + menyusu jadi mama hanya kerapkan sesi pam susu di rumah setelah mama berbuka puasa. Pada hari ini penghasilan susu semakin berkurangan. Tidak mengapa mama akan terus berusaha untuk meningkatkan penghasilan susu. Mama tidak boleh berputus asa. Buat masa ni mama mengamalkan mengambil madu, makan oat, banyakkan makan kurma, perbanyakkan minum air, makan vitamin b, c, e, a dan kalsium+magnesium. Di samping mengamalkan pemakanan yang sihat mama turut perbanyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah. Harapnya Allah permudahkan urusan mama dan murahkan rezeki khairin agar dapat menikmati susu mama sehingga dua tahun…amin

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Bulan Rahmat

Ramadhan tiba lagi, harapnya Ramdhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan terdahulu. Marilah sama-sama kita berusaha untuk menjadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terbaik. Takut-takut Ramadhan ini adalah Ramadhan yang terakhir buat kita. Di kesempatan ini saya turut ingin memohon ampun dan maaf daripada semua.

Wednesday, August 19, 2009

4 Happy Years

* Together 2005*

We have been happily married for 4 years. Pray for many happy years to come!

The only gift that I hope every year is
TO HAVE YOU, LOVE YOU AND BE LOVE BY YOU UNTIL THE END OF TIME.

* Together 2009*

Moga cinta kita berkekalan hingga ke syurga….

Tuesday, August 18, 2009

Main Bersama


Kedua-dua anak lelaki mama sudah pandai bermain sama-sama. Mama dan abah suka tengok bila mereka dapat berkongsi permainan dan bergelak ketawa bersama. Tetapi pada satu malam tu oleh kerana kepenatan kami berdua terlelap dahulu sebelum khaizuran dan khairin. Dalam keadaan tidur-tidur ayam tu mama dengar je gelak ketawa mereka, dalam hati dah terdetik apa agaknya yang tengah mereka buat sampai begitu gembira sekali mereka bermain. Disebabkan malam tu adalah giliran abah untuk berjaga, mama buat tidak peduli jelah dengan harapan abah tengah tengokkan mereka. Tiba-tiba mama terdengar suara abah memarahi khaizuran mama pun terus bangun rupa-rupanya abah pun tertidur dan tidak perasan apa yang khaizuran dan khairin tengah lakukan. Bila abah tersedar memang anginlah abah sebab adik dan abang tu tengah main cream muka artistry mama. Alahai dahla krim tu mahal..huhu...abang dan adik tu main sapu-sapu cream ke seluruh badan mereka berdua. Baru sahaja mama beli krim muka tu dah habis separuh. Patutlah kedua-duanya ketawa sakan...grrr...nasib baiklah krim tu tak masuk ke dalam mata adik atau dimakan oleh adik. Kesimpulannya, lepas ni kalau abang dan adik tu tengah main berdua dan bergelak sakan. Mama kena cepat-cepat tengok apa yang mereka tengah lakukan. Biasanya kalau main permainan mereka sendiri mereka tak adalah gelak beria. Kalau gelak lain macam tu kemungkinan besar mereka tengah bermain dengan barang mama atau abah.

Monday, August 17, 2009

Berita Terkini Tentang Khaizuran

Khaizuran oh khaizuran cepat je dia membesar. Suka buat mama dan abah tersenyum dan tergelak adakalanya buat mama dan abah geram…grrrr..terutama bila dia tak nak ikut arahan mama dan abah. Sekarang khaizuran dah 26 bulan. Dalam usia ni khaizuran seperti span menyerap apa sahaja yang dilihat. Khaizuran lebih gemar meniru abah berbanding mama. Mungkin sebab abah lelaki dan khaizuran mengidola abah..hehe..tergelak mama tengok dah la muka ala fotostat muka abah ni gaya dan kesukaan pun nak ikut abah. Siap chanel kesukaan di TV pun sama dengan abah..nak tengok sport je ball and cars..pening mama nak melayan ingatkan bila abah takde di rumah boleh lah mama layan oprah n chanel masakan sekarang ni kena berebut dengan khaizuran pulak..pandai pula khaizuran tekan chanel sport tu..huhu..oleh kerana ada dua remote control astro maka aktiviti berebut ni memang menjadi-jadilah. Idea abah la ni nak ada dua remote sebab abah selalu hilangkan remote, abah kata senang bila ada dua remote tak ada la tercari-cari.



* Gambar pertama setelah genap 2 tahun*

Khaizuran sangat meminati kereta. Bila perge ke kedai buku, buku atau majalah yang akan dicapai adalah buku yang ada gambar kereta. Maka tiap-tiap bulan abah beli majalah kereta dengan alasan sebab anak nak..ala macamla mama tak tau abah pun nak sebenarnya guna alasan khaizuran yang nak supaya tak kena ‘tegur’ dengan mama. Di TV pula kalau ada perlumbaan kereta khaizuran tak bagi org tukar chanel lain, nak tengok car sampai habis. Selain dari car khaizuran suka ball..suka tengok bola sepak, tennis dan squash..sebijik macam abah. Petang nak ikut abah pergi main squash..siap bila turun dari kereta bawa raket dan bola lagi..macam pandai je dia main. Bila kami ke kedai permainan, yang menjadi perhatian hanyalah permainan car dan bola. Baru-baru ni abah beli dua kereta control.. Mula-mula tu mama ingatkan satu untuk khaizuran satu untuk khairin..tapi rupanya satu untuk abah dan satu untuk khaizuran..hehe..siapa yang nak kereta control sebenarnya???


* Sangat passion terhadap kereta*
Walaupun khaizuran belum petah bercakap lagi tapi dia suka juga melayan mama berborak…bila mama sebut je perkataan dia akan ikut siap ikut nada sebutannya sekali..kelakar je..ayat yang paling khaizuran suka cakap “mama apa ni?” bila mama jawab dia pun ikut jawapan mama. Walaupun dia belum pandai sebut sesuatu perkataan tu bila kita bercakap dia faham apa yang kita perkatakan. Tiap kali mama balik dari kerja mesti khaizuran sambut mama terus lari peluk mama..alahai terharu mama dibuatnya..harap-harap sampai khaizuran tua lah khaizuran suka tengok dan berjumpa dengan mama…kalau tak jumpa mama je khaizuran akan rindukan mama *wink*


* Nak peluk mama*

Khaizuran ni mama jangkakan adalah seorang yang organize..sebab khaizuran suka main susun barang. Khaizuran suka susun buku, kertas, dan apa sahaja yang dimain. Bila main kereta lepas dah penat main tolak-tolak kereta khaizuran akan aturkan kereta-keretanya dalam satu garis lurus. Mama takut juga kalau perkara ni tak normal atau petanda kepada sebarang penyakit. Tetapi lepas mama buat ‘research’ dan tanya abang Firdaus (Dr. Firdaus) dia kata ok..itu cuma personality khaizuran…

Ok kat bawah ni adalah rujukan untuk kemahiran toddler yang secara normal sudah atau akan kuasai. Sumber: http://www.babycenter.com/0_milestone-chart-25-to-30-months_1496593.bc
25 to 26 month
Mastered Skills (most kids can do)
• Stacks six blocks• Walks with smooth heel-to-toe motion
Emerging Skills (half of kids can do)
Uses pronouns (e.g., I, me, you)• Washes and dries own hands
Advanced Skills (a few kids can do)
Speaks clearly most of the time• Draws a vertical line

Ok berdasarkan rujukan tersebut mama dapati untuk kemahiran Mastered Skills (most kids can do) kedua-duanya khaizuran dah kuasai. Selain dari menyusun sesuatu dalam satu garis lurus khaizuran juga gemar menyusun barang ke atas (stacks)..mama teringin nak beli lego or permainan seumpamanya tetapi kena tunggu khairin besar sikit…takut khairin makan mainan tersebut. Emerging skills memang khaizuran sudah pandai menggunakan kata ganti nama seperti mama, abah, adik, nenek, opah, atok, hembah, bibik, kawan dan sebagainya. Membasuh dan mengeringkan tangan..membasuh tangan tu memang boleh tetapi mengeringkan tangan mungkin sebab mama tak ajar betul-betul jadi khaizuran ikut suka je.. kalau kat rumah dia guna towel kalu kat luar takde towel atau tisu dia guna baju dia sendiri kadang-kadang guna baju abah dan mama…huhu..bagi advansed skills kedua-duanya khaizuran belum boleh buat lagi…takpe nanti mama ajar ye khaizuran…

Wednesday, August 12, 2009

Laporan Terkini Mengenai Khairin

Walaupun tengah banyak kerja, mama tetap hendak meluangkan masa untuk menulis tentang perkembangan anak-anak mama. Kali terakhir mama update pada bulan mei alahai cepatnye masa berlalu dah nak masuk pertengahan ogos dah rupanya.

Bulan Julai 2009 – 9 Bulan

Khairin menunjukkan kemahirannya

Dua minggu yang lepas iaitu pada usia 9 bulan 2 minggu khairin dah mula berjalan khairin berjaya berjalan sebanyak lima langkah dnegan jayanya. Sewaktu usia khairin genap 9 bulan khairin mula berdiri sendiri tanpa sokongan. Bagi mama agak cepat sedikit khairin berjaya mencapai milestone yang ini sebab khaizuran dulu hanya pada usia 1 tahun mula berjalan beberapa langkah dan mula berdiri tanpa sokongan pada usia 11 bulan. Eh bukan mama nak bandingkan cumanya mama suka perhatikan personaliti dan perbezaan anak-anak mama. Walalu apa pun bagi mama anak mama semuanya pandai ;). Pada usia sembilan bulan khairin sudah pandai menyebut mama. Tiap kali mama masuk sahaja ke rumah khairin akan merangkak ke mama sambil menyebut mama..alahai terharu mama..disambut dengan senyum dan gelak ketawa anak-anak mama..abang zuran berlari ke mama khairin merangkak selaju mungkin ke mama. Pada usia sembilan bulan khairin juga sudah pandai melambai mama sewaktu mama mengundurkan kereta sebelum bertolak ke tempat kerja. Pada usia ini kaki dan tangan khairin dah kuat khairin berjaya memanjat sofa dan bouncer khairin tanpa pertolongan sesiapa. Apabila berjaya sahaja sampai ke atas kerusi dan bouncer khairin akan bergelak ketawa dan menggerakkan badan seperti ingin melompat-lompat..huhu..seriau juga mama dibuatnya

Sumber: http://www.babycenter.com/0_milestone-chart-7-to-12-months_1496587.bc

9 months
Mastered Skills (most kids can do)
• Stands while holding onto something• Jabbers or combines syllables• Understands object permanence
Emerging Skills (half of kids can do)
• Cruises while holding onto furniture• Drinks from a sippy cup• Eats with fingers• Bangs objects together
Advanced Skills (a few kids can do)
• Plays patty-cake and peek-a-boo• Says "mama" and "dada" to the correct parent

Sumber tersebut adalah milestone secara umum setiap bayi. Bagi kemahiran yang kebiasaannya dikuasai oleh semua bayi khairin memang dah kuasai tetapi bagi emerging skills ada satu kemahiran yang khairin belum dapat kuasai iaitu minum menggunakan sippy cups. Mama cuba mengajar khairin guna sippy cups dan straw tetapi masih belum berjaya lagi. Untuk advanced skills memang khairin dah kuasai kedua-dua kemahiran tersebut


Bulan Jun 2009 – 8 Bulan



Khairin sudah pandai mempertahankan haknya daripada diambil oleh Abang. Meskipun biasanya abang akan berjaya mengalahkan khairin dari segi fizikal namun khairin tetap menjerit dan menangis sekuat-kuatnya bila abang mengambil apa yang menjadi hak khairin. Dengan muka yang tegas khairin mengatakan "abang tunggulah khairin besar nanti" (hehe..pandai je mama tambah-tambah). Khairin suka bergelak ketawa dengan abangnya tiap kali abang gelak dia akan gelak sama tetapi tiap kali kalau abang menghampiri khairin sewaktu khairin bermain kereta mesti khairin merangkak laju menjauhkan diri supaya abang tidak ambil kereta khairin. Mama pulak tengah pening kepala nak dapatkan formula yang terbaik agar abang dapat berkongsi dan bermain bersama khairin dengan aman damainya.

Sumber:
http://www.babycenter.com/0_milestone-chart-7-to-12-months_1496587.bc
8 months
Mastered Skills (most kids can do)
• Says "mama" and "dada" to both parents (isn't specific)• Passes objects from hand to hand

Emerging Skills (half of kids can do)
• Stands while holding onto something• Crawls• Points at objects• Searches for hidden objects

Advanced Skills (a few kids can do)
• Pulls self to standing, cruises• Picks things up with thumb-finger pincer grasp• Indicates wants with gestures

Berdasarkan sumber yang diberi mama dapati pada usia 8 bulan khairin pandai menyebut abah dan mama tetapi memang masih menyebut kedua-duanya kepada kami berdua. Masih belum dapat menyebut mama pada mama sahaja dan abah pada abah sahaja. Mampu untuk memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain. Dalam kes ni selalunya untuk mempertahankan barang yang sedang dipegangnya daripada diambil oleh abang, mama atau abah. Sebaik gagal mempertahankan barang tersebut terus je dia menjerit sekuat-kuatnya..hehe..bagi emerging skills dan advanced skill ke semuanya khairin dapat lakukan..wah..bagusnya. Berdiri memang dah biasa dah. Siap bila naik stroller kalau mama pakaikan tali pinggang dengan longgar khairin akan berdiri sambil gelak-gelak memandang muka mama…huhu..sangat berbahaya..mencari benda yang disembunyikan memanglah khairin mahir kalau mama sorokkan bawah katil or kerusi sedaya upaya khairin akan cuba memasukkan badannya ke bawah katil atau kerusi untuk dapatkan barang tersebut. Kalau setakat sorokkan dekat belakang mama lagilah dia senang nak capai. Kalau tak tahu mama sorokkan barang tu kat mana mulalah dia jerit-jerit..huhu..tunjuk pada sesuatu seingat mama pada usia ni khairin hanya tahu tunjuk muka mama atau muka dia sendiri bila dia ternampak imej kami di cermin..bagi objek lain khairin belum menunjukkan kemahiran untuk menunjuk lagi. Berjalan sambil memegang dinding atau kerusi sangatlah pakar..risau mama tiap kali khairin terjatuh..tapi khairin relax je..bangun dan terus berjalan lagi tanpa rasa takut…menunjukkan perasaan menggunakan bahasa tubuhnya..yang mama tahu tiap kali mama balik kerja atau pergi ke arah khairin, khairin akan membuat badannya seperti mahu melompat-lompat sambil tersenyum atau tergelak-gelak…bila tengah sedih sudah pandai menjatuhkan badannya sambil menangis dengan kuat..uwwwaaaa

Khairin tengah menangis sebab abang ambil keretanya

Bulan Mei – 7 bulan

Khairin sudah mula memanjat. Khairin akan cuba untuk memanjat sofa, khairin juga sudah boleh berdiri dengan sokongan dan boleh duduk tanpa memerlukan sokongan. Suka bermain chak-chak dengan mama. Khairin juga sudah menunjukkan minat dalam bermain bola dan kereta. Tiap kali abang tengah leka bermain dengan permainan lain khairin akan ke kereta abang sambil berdiri cuba memanjat kereta abang. Khairin juga sudah berjaya memanjat anak tangga di rumah opah.

Child's Age -7 months

Mastered Skills (most kids can do)
Sits without support• Drags objects toward herself

Emerging Skills (half of kids can do)
• Lunges forward or
starts crawlingJabbers or combines syllables• Starts to experience stranger anxiety

Advanced Skills (a few kids can do)
• Waves goodbye•
Stands while holding onto something• Bangs objects together• Begins to understand object permanence

Setelah merujuk sumber tersebut mama rumuskan pada usia 7 bulan Khairin Mastered skills memang khairin berjaya kuasai untuk emerging skills khairin belum lagi mempunyai stranger anxiety. Suka tersenyum dan mahu dengan sesiapa sahaja. Bagi advanced skills pula khairin masih belum tahu melambai tangan, tetapi khairin berjaya menguasai kemahiran yang lain dengan baik, iaitu boleh berdiri sambil memegang dinding, kerusi atau apa sahaja yang dapat menyokong badannya. Pandai mengetuk dua objek yang berbeza seperti mengetuk sudu pada pinggannya.


Bila jarak antara dua anak kita sangat dekat ni, kelebihan untuk anak kita ialah adiknya dapat menguasai kemahiran bayi dengan lebih cepat perkembangan adiknya cepat berbanding abangnya yang kurang mendapat ransangan daripada seseorang yang hampir sebaya tetapi keburukannya ialah mama dan abah terpaksa bahagikan perhatian. Namun bagi mama keburukan ini boleh diatasi mama dan abah kena lebih berusaha dan tambah ilmu agar dapat mengatasi masalah kurang perhatian. Bagi mama dan abah masalah ini masih terkawal dan anak-anak mama menunjukkan ciri anak yang cukup kasih sayang. InsyaAllah mama dan abah akan berusaha dengan sedaya mungkin untuk memberi yang terbaik buat anak-anak kami.