Sunday, August 22, 2010

Diari Ramadan

Alhamdullilah hari ni dah masuk hari kedua belas kami berpuasa. Ramadhan kali ni ada sedikit kelainan dan yang paling ketara kami berdua menjadi sangat berdikari. Tanpa pembantu rumah semuanya kami lakukan sendiri.

Dengan bangganya kita boleh katakan most of the time kita memasak. Bukan senang tapi takdelah susah sangat pun…tipsnya dalam hati kena sentiasa berkata-kata ada ganjarannnya yang best menanti bila kita memasak untuk suami dan keluarga tercinta. Masakan yang dimasak pun yang simple sahaja…selalu tanya separuh jiwa apa yang dia nak dan juadah tu yang akan dimasak nasib baiklah dapat pasangan yang tak cerewet, makan je apa yang dimasak dan tidak meminta-minta masakan yang susah. Ada sekali dua kami membeli juga terutama bila ada kelas sampai pukul 6 petang sampai rumah dah pukul 6.40 nak mengemas rumah lagi memang tak sempat nak masak sebab kita tak suka berbuka dalam keadaan rumah yang tak terurus jadi kena pilih salah satu sama ada nak mengemas atau memasak. Dalam sekali dua membeli tu kami ada juga terkena keracunan makanan..huhu..tak best..itu yang selagi boleh tu kita memasak.

Cita-cita nak selalu ke masjid masih belum berjaya, setakat hari ni kita hanya dapat ke masjid 4 kali dan separuh jiwa 5 kali. Minggu lepas tak berapa sihat dan selalu je rasa letih. Bila khairin dan khaizuran cerit berit kami tak dapat ke masjid lagi jadi sembahyang di rumah sahaja. Ada satu malam tu kami hanya dapat sembahyang terawih dua rakaat je di masjid. Hari tu kami ke masjid lambat, masa kami sampai dah rakaat ke enam tak tahu kenapa habis rakaat yang ke lapan imam terus baca doa panjang dan buat witir. Kami ni terkapai-kapai..aik..dah habis dah terawih..hehe…kami dah jumpa sebuah masjid yang sesuai untuk bawa anak-anak jauh sikit dari rumah tapi sebab suasana masjid yang lapang, sejuk dan friendly kepada budak kami pergi ke masjid tu. Walaupun majoriti jemaah orang tua tapi mereka tak pernah nak marah budak-budak yang ‘bermain’. Jadi kami boleh sembahyang dengan senang hati dalam masa yang sama didik anak-anak kami tentang akhlak di dalam masjid adakala kami berjaya tetapi ada waktunya anak-anak ignore..huhu..

Jejak rasul Ramadan kali ni dapat mendidik jiwa kita agar menjadi insan yang lebih baik. Kisah tentang wanita-wanita hebat dalam Islam cukup menyentuh jiwa..hendak bandingkan kita dengan mereka jauh langit dari bumi. Selepas mendengar kisah wanita-wanita hebat ini rasa diri sangat kerdil..dugaan mereka jauh lagi hebat dari kita tetapi hati mereka sentiasa redha dan sabar. Harap-harap diri ini dapat menenangkan hati dan mata separuh jiwaku sebagaimana Saidatina Khadijah menenangkan hati dan mata Rasullullah s.a.w. Sekarang ni jejak rasul menceritakan kisah bumi palestin dan yahudi topik yang best untuk diketahui dan ditonton.

Oklah setakat tu dulu..nanti kita sambung lagi dairi Ramadan ini…

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Kareem

Alhamdullilah tahun ni dipertemukan lagi dengan Ramadhan, bulan yang indah bulan yang penuh dengan barakah. Kalau sebelum ni malas nak buat amalan sunat dalam bulan ni jadi rajin, kalau sebelum ni tak jejak kaki ke masjid bulan ni bersemangat ke masjid, kalau sebelum ni kurang mengaji di bulan ini tiap-tiap hari kita mengaji dan rajin mendengar bacaan al-quran, bagi kami yang bergelar isteri kalau sebelum mengelat memasak untuk keluarga tercinta bulan ini bersemangat untuk menyediakan juadah istimewa buat orang tersayang.

Ramadhan tahun ni ada kelainan sikit, bekerja di tempat baru dan tidak mempunyai pembantu rumah. Kalau tahun lepas dapat memasak tiap-tiap hari, tahun ni mungkin tidak dapat melakukan yang sama. Hari Ahad dan Isnin ada kelas sampai pukul 6 jadi untuk kedua hari ini saya akan beli saja di pasar hari-hari yang lain bergantung kepada keadaan. Dugaan dan cabaran berbeza tetapi matlamat dan perasaan tetap sama ingin menghayati dan merebut peluang terhebat yang Allah beri. The Mega Sale of the year setiap amalan dilipat gandakan ganjarannya..MasyaAllah…Alhamdullilah..

Kalau Ramadahan lepas kami sekeluarga dapat menyuburkan solat berjemaah di rumah, Alhamdullilah dapat solat terawikh setiap hari. Pada tahun ni matlamat baru kami ialah ingin mengimarahkan masjid. Anak-anak dah berusia 3 dan hampir 2 tahun masa yang sangat sesuai untuk menyemat perasaan cinta terhadap masjid. InsyaAllah malam ini merupakan malam pertama kami ke masjid, perancangannya kami akan pergi ke masjid yang agak besar dan tidak sesak agar anak-anak tidak berasa kurang selasa dan tidak mengganggu jemaah lain. Di kertih kami tidak tahu mana satu masjid yang Friendly kepada kanak-kanak jadi kami akan try and error sehingga jumpa masjid yang paling sesuai.

Kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mohon maaf atas segala kesalahan dan kekurangan…Rebutlah peluang dan ganjaran Ramadhan kali ini takut-takut ini Ramadhan yang terakhir buat kita…

Monday, August 9, 2010

Astaghfirullahalazim

Since the beginning of our marriage we only use the natural family planning, I never consume any pill or use IUD dll. It is not because we don’t agree on family planning of course we support family planning as raising a child is a serious matter but we believed we are still young, our economy is stable and I have no health problem before, during or after my pregnancy so If Allah give us the rezeki it will be fine…

But the last two weeks I have forgot all of this. When my period didn’t come and I got positive I was confuse I didn’t utter the word Alhamdullilah instead I just blame my other half for making me pregnant. I told him I was not ready and he has ruined my plan. I was not happy to receive such a wonderful gift from Allah. After receiving warm comments from my mother, friends and of course my other half. I become excited and accepted my pregnancy with open arms.

Just after five days feeling happy with this pregnancy, there was blood. There was not just a little blood but a lot of blood with the cramps and pain I just cried as I was afraid that I will lose this pregnancy. By Allah will I did lose my precious gift. I cried and regret my sins. I blame myself for not wanting to be pregnant at the first place. Again my other half with his caring words shed away my tears. He didn’t blame me and convince me to throw away the feeling that Allah is punishing me and remind me that Allah is just testing my faith.

Astaghfirullahalazim Astaghfirullahalazim …I beg for your forgiveness Ya Allah…please Ya Allah forgive me

Wednesday, August 4, 2010

....

Lama tak update blog… nak cerita apa?
Khaizuran dan khairin sihat, dah boleh terima kehidupan di taska tak adalah excited sangat bila sampai di taska… slow je turun dari kereta sometimes buat2 termenung sebelum nak turun tapi keadaan ok dan terkawal. I guess they like staying at home more because at home there are a lot of toys. Everytime when I asked ada tak cikgu marah2 or kawan pukul2 both of them jawab tak ada. Cikgu bagi makan ke? They will say yes makan nasi so basicly I should not worry kan…

Macam mana outstation hari tu? Alhamdullilah separuh jiwaku dapat pulang dari singapura awal so petang rabu tu dia sampai di Kerteh dan pagi khamis ulfa bertolak ke KL..sampai lewat sikit tapi lewat satu jam je. Alhamdullilah driver abah mertua available so ada orang jemput di airport dan hantar ke puncak alam. Anak-anak pagi khamis tu di hantar ke taska dan petang tu sejurus balik dari kerja separuh jiwa drive balik ke KL dengan anak-anak…huhu..risau takut tak boleh control asked my other half why not just stay at kertih as soon as my programmed end I will go back to kertih. Jawapan yang tak disangka..

My other half: eee takan nak tinggalkan I dgn anak2 seorang..tak naklah
Me:Huh…you be leaving me with the kids for weeks I ok je…
My other Half: you lain..perempuan memang dijadikan dengan sifat penyabar yang tinggi lelaki ni lain
Me: ye lah tu…beria u tak bagi I drive balik Kl sorg2..you boleh pulak?
My other Half: Men are able to control rough situation better than a women lagipun compare to you I lagi cekap bawak kereta..
Me: Yelah tu..bertuah you dapat wife macam I dapat jaga anak dgn sabar kan…nanti bagi I hadiah best2 sebagai tanda perhargaan…

Something funny happen on his way back to KL…Tiba-tiba dia call..

My other half: Khaizuran beraklah
Me: la basuhlah takkan nak biar sampai ke KL
My other Half: Dah..susah gile bawak budak dua ni masuk tandas dah space kecik then I kena control both of them..khairin tu org nak cebuk khaizuran sibuk nak tolong.. nak pegang taiklah..pening kita
Me: hehe…

Sementara menunggu mereka sampai ke KL saya dapat rehat tanpa gangguan...