Sunday, April 26, 2009

Will I get that opportunity?

Most of my friends have further their studies especially those in the same field as I am…just point finger few are in UK, some are in Australia and one in New Zealand. Will I get that opportunity? Doing my PhD at abroad is one of my dream. I kept this dream since I can remember. One of the reason why I really want to study abroad is the experienced I had in my childhood years when my father was doing his PhD in UK. Only Allah knows the best. My husband is in a different field and his company only give unpaid leave for one year and he does not want to further his studies under the company scholarship. First his said it is quite hard to get a place/opportunity have to be a high flyer and second he does not want to be bonded again with the company a 10 years contract is enough. He wants to be free from the company. So putting that in one of the consideration that I must keep in mind I feel kind of unmotivated. If possible I really want to start and end my PhD journey with my loved one beside me. Ntahlah…only Allah knows the best. If this dream come true than this is the best for me. If not than it is just not meant to be. Just work hard and pray hard. Let Allah decide what is the best for me. Takpelah biarlah my friends finished their PhD first as I can used their experienced in my PhD journey…insyaAllah

Thursday, April 23, 2009

"Markah Kasihan"

Oleh sebab isu tentang markah kasihan ni tengah top dalam surat khabar tabloid di Malaysia di sini, ni lagi dan ni respon student click dan nak beri respon kepada entry arni maka saya rasa terpanggil untuk memberi respon mengenai markah kasihan. Memang saya akui yang saya masih baru dalam dunia akademik hanya mempunyai pengalaman 4 tahun mengajar dan belum lagi mempunyai Phd namun begitu saya tetap ingin berkongsi pendapat saya mengenai markah kasihan. Sebelum itu ingin saya tekankan bahawa ini hanyalah pendapat peribadi…jadi terpulanglah kepada pembaca sama ada mahu setuju ataupun tidak..saya memang bersetuju kepada perbezaan..jadi sesiapa yang nak berbeza pendapat silakan…

Markah kasihan? pertamanya saya mendefinisikan markah kasihan ni sebagai markah yang diperolehi oleh pelajar tanpa perlu membuat sebarang usaha. Adakah markah kasihan diamalkan di IPT? Sememangnya markah kasihan ini tidak dibenarkan sama sekali sewaktu memberi markah. Secara dasarnya setiap markah yang diberikan perlu mempunyai bukti/fakta/dokumen untuk menjustifikasikannya. Markah diberikan seratus peratus berdasarkan kepada jawapan/hasil kerja pelajar. Tetapi harus diingat yang memberi markah adalah manusia dan di IPT perkara yang dinilai oleh pensyarah ialah kefahaman para pelajar bukannya memberi markah berdasarkan skema jawapan 100%. Memang ada skema jawapan tetapi sebagai seorang pensyarah, jika saya dapat memahami apa yang pelajar ingin sampaikan jika tak ada pun term-term yang ada di skema saya tetap akan memberi markah. Takdelah sampai nak bagi markah penuh, tetapi markah tetap akan diberi. Sebab sekali lagi ingin ditegaskan bukannya saya mahu menilai ingatan para pelajar tetapi mahu menilai kefahamannya. Kalau dalam jawapan beliau menunjukkan beliau faham, tanpa teragak-agak saya akan memberi markah. Jika pihak MQA atau the third party nak mempersoalkan pemarkahan sebegini saya akan justified kenapa markah tersebut diberikan. Mengenai penggunaan bahasa English, kalau ada kesalahan grammar or spelling selagi saya boleh faham apa yang ingin disampaikan markah akan diberi, sebab bukannya nak bagi markah tentang grammar dll tetapi tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik itu. Sebagai pensyarah saya percaya tanggungjawab saya sewaktu menanda kertas jawapan bukannya untuk mencari kesalahan pelajar tetapi menilai aras kefahaman pelajar.

Walaupun saya menggunakan pendekatan ini nak kata student saya ramai yang dapat A tak juga. Untuk mendapat A pelajar tersebut kena menunjukkan kefahaman yang tinggi. Carry mark yang tinggi tidak semestinya menjanjikan gred yang bagus. Saya dah beritahu awal-awal in order for you to pass this subject you have to pass your final exam. Walaupun carry mark 38 tapi kalau final Exam gagal dia akan gagal subject tersebut. Sebab final exam menunjukkan tahap pemahaman beliau macam mana nak bagi lulus kalau tak boleh jawab soalan exam.

Macam mana tentang markah for attendance pula? bole ke bagi markah kalau pelajar datang sepenuhnya ke kelas. Sekali lagi ini bergantung kepada pensyarah, ada pensyarah yang bagi ada pensyarah yang tak nak bagi. Kan datang ke kelas ni tanggungjawab student kenapa nak bagi markah? Dalam keadaan di mana satu kuliyah itu terdiri daripada beratus pelajar agak sukar untuk seorang pensyarah nak kenal setiap seorang, namun begitu pensyarah tetap mahu menghargai komitmen setiap pelajarnya maka di situlah datangnya markah untuk kehadiran.
Pensyarah adalah manusia bukannya robot yang boleh kita programkan memang saya akui adakalanya elemen emosi ada sewaktu memberi markah. Kalau pelajar tersebut merupakan pelajar yang baik dan rajin semestinya pelajar itu disukai oleh pensyarah. Sewaktu nak memberi markah secara tidak langsung pensyarah akan lebih bermurah hati. Berbanding dengan pelajar yang mempunyai attitude problem memang sewaktu nak bagi markah kecenderungan pensyarah untuk lebih strict adalah tinggi bukan sebab marah atau benci tetapi atas tujuan untuk hukuman. Bukankah dalam hidup ini kita diajar bila kita buat salah sememangnya kita akan dihukum. Bias terhadap faktor sebegitu masih boleh diterima tetapi kalau bias sebab pelajar tu lawa/hensem/lelaki/perempuan memang ditentang sama sekali. Itu adalah sesuatu yang tak boleh diubah kenapa nak hukum pelajar berkenaan perkara yang di luar kawalan mereka.

Perlukah kita nilai atau memberi markah terhadap perkara yang lain selain daripada menilai assignment/jawapan test/quiz/exam? Sekali lagi ini bergantung kepada pensyarah. Jenis individu yang bagaimana ingin dihasilkan. Seorang jurutera/doktor/pegawai dll yang macam mana? Bagi saya sebagai seorang pensyarah dalam bidang ICT saya ingin melahirkan seorang pakar ICT yang bukan sahaja hebat dari segi pengetahuannya tetapi juga mempunyai keperibadian yang baik dan beretika. Bacalah mana-mana visi dan misi IPT semestinya ada statement untuk melahirkan tenokrat/pakar yang beretika atau berkeperibadian tinggi/ bertakwa dll. Sekali lagi macam mana visi dan misi tu hendak dijayakan kalau bukan melalui sistem penilaian universiti. Memang ini adalah subjektif tetapi sebagai manusia yang berakal kita semestinya mampu menilai mana yang berkelakuan baik dan mana yang tidak. Seharusnya acknowledgement diberikan kepada pelajar yang menunjukkan ciri-ciri yang baik ini. Sekali lagi secara tidak langsung pensyarah boleh memberi acknowledgement melalui gred/markah subjek. Pernah saya sebut sebelum ni sewaktu abang saya Dr. Firdaus dalam pengajian perubatannya, ada kawannya yang gagal dalam sesuatu subjek sebab pensyarah mahu menghukumnya kerana tidak hadir ke klinikal round dan kelas. Walaupun beliau dapat menjawab soalan exam dengan baik pensyarah tetap gagalkan beliau atas alasan to be a professional and a good doktor mana boleh u malas ke hospital. Nak rawat pesakit dengan baik kenalah pergi ke hospital mana boleh malas, dan sikap malas tu sendiri akan membahayakan pesakit.

Betulke bila pemarkahan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawapan/pengetahuan pelajar susah untuk kita jaga kualiti. Sebab tulah ramai yang menganggur. Bagi saya isu pengangguran ni tidak boleh kita salahkan pelajar sepenuhnya, banyak faktor yang menyebabkan pengangguran berlaku. Terutama dalam eknomi dunia sekarang hampir ke semua negara menghadapi masalah ni. Ada juga faktor lain seperti faktor racist boleh baca entry sheri click, majikan yang inginkan pengalaman kerja, kerja kosong dalam bidang tersebut terlampau terhad dan pelbagai lagi. Secara dasarnya dalam isu pengangguran ni janganlah kita salahkan pelajar seratus peratus ada banyak atribut yang menyebabkan pengangguran ini berlaku.

Secara kesimpulannya markah kasihan memang sepatutnya tidak ada/ harapnya memang tidak ada sama sekali (bersangka baik) sebab term “markah kasihan” tu menunjukkan seolah-olah markah tersebut adalah markah yang pelajar terima tanpa perlu buat apa-apa. Walau bagaimanapun memang adakalanya markah diberi bukan berdasarkan jawapan pelajar semata-mata tetapi ada elemen lain yang dinilai dan dikreditkan dengan markah. Pensyarah adalah manusia biasa yang ada perasaan dan akal. Maka janganlah kita menghukum pensyarah jika markah pelajar bukannya berdasarkan kepada jawapan pelajar 100%. Yang paling penting bagi saya setiap pensyarah bertanggungjawab dengan markah yang hendak diberikan kepada pelajar selain daripada kita boleh justifikasi kepada orang atasan Rector/NC/Dekan kita jugak boleh jawab apabila disoal oleh Allah di Padang Masyar nanti…InsyaAllah.

Monday, April 20, 2009

A weekend in Kertih

Last weekend we decided to just stay at home, in Kertih the weekend is on Friday and Saturday cause sunday is a working day. We started our day doing the Subuh prayer then mama and abah had a short chit chat before we went jogging. Both of our heroes followed us. Khairin was in his stroller while khaizuran followed us with his bike. Our neighbourhood is a nice and a well planned neighbourhood there is a jogging/walking path so it is very convenient for us to bring along our heroes. There is security a police team that guarded our taman. The Landscape is been maintaned by my other half company (we are renting the company house), behind our house is the sea so just by walking our heroes are able to play at the sea and there is also a small playground just around the corner a five minutes walked. That is the reason why i love living here in kertih if we are in KL we could not afford living in this kind of neighbourhood.


* the walking path*


*The sea behind our house*

*The Playground*

Ok back to the story (^_^) after the one hour jogged we had breakfast at home. Just Sandwich and tea. Then around 10 we headed to the Pasar Tani to buy some groceries. When we reached home mama started to cook Nasi Ayam for lunch. Just before the friday prayer we did art session with khaizuran. Mama is not good at drawing abah is the artist so abah did the drawing



*Khaizuran's art work*


*Abah's art work*

After the friday prayer we had lunch. Then afterward was just the lepaking session read books and watched TV. In the evening we went to KDRP to play squash. At night we just stayed at home because khairin and khaizuran become fussy...huhu...mula selsema.

On Saturday morning we did'nt went jogging both of us was tired, staying up to meet our heroes need..they were not feeling well tiba-tiba je dapat selsema malam jumaat tu...huhu...mama cooked Laksa on saturday mama planned to cook pizza also but did'nt made it cause of health concern (after following the biggest loser program la ni...hihi) in the evening we did played squash again and as usual at night was just the lepaking session. I believed this weekend was a quality weekend as a family, most of the time we were at home with the heroes. Read books, watch tv, did some drawing and went out for exercise along with the heroes...Alhamdullilah

Sunday, April 19, 2009

Profile Picture - Tag

Di tag oleh Ida agar hari-hari mama ceria

1.Letakkan gambar profile anda....Baikla Puan Ida (^_^)



2.Terangkan apa maksud gambar itu?

Gambar ini diambil pada Aidilfitri 2007, gambar raya yang pertama bersama anak sulong kami...Sebab Aidilfitri 2006 tengah mengandung 2 bulan lebih...

3.Kenapa pilih atau letak gambar itu?

emm sebab gambar tu nampak motherly..hehe...(mama perasan kejap ey) sesuai dengan tajuk blog A mother's Diary...



I choose to tag these lucky people...

Sister ani
Sheri (kalau belum buat lagi)
Kak Hana bila free
Kak Azlin

Six Month only Mama’s milk

Alhamdullilah as for now I manage to fully breastfeed both of my sons in their first six month of life. Although it was not easy but it has been a wonderful journey. In this journey mama always received comment saying

“ulfa bolehlah bagi susu ibu je, sebab susu ulfa banyak”
“saya takde susu/susu tak cukup, sebab tu tak bagi susu badan anak asyik menangis je ”

Emmm as if mama don’t face any problem….ehem..ehem..excuse me. This breastfeeding journey has it ups and down. Mama been through sore nipple, bleeding nipple, breast engorgement that cause pain, there was time when mama could not even raise mama’s hand and mama cried in pain during breastfeeding. But mama never give up, mama keep in mind that this is the best food for my sons. Mama have to be patient, there are people that face more problem but still there manage to fully breastfeed their child. During this journey my sons become so attach to me, i dont have to wake up in the middle of night to make milk, just give my milk while i lay down beside them, it is easy when we go out no need to bring those botols, milk powder dll and when there is a kenduri no need to help that much cause i have to breastfeed my son...hehe...
So *yeay* for mama *clap* *clap*



*Khaizuran at six month*

* I eat only mama's milk *



*khairin is already six month*

*I love mama's milk*

Ya Allah engkau murahkanlah rezeki anakku agar terus dapat menikmati susuku….amin



p/s kepada kawan-kawan mama kalau ulfa boleh sure anda lagi boleh…let us support breastfeeding ye (^_^)

Tuesday, April 14, 2009

Maaf



"Ini adalah kuliyah terakhir kita bagi semester ni, sepanjang saya menjadi pensyarah kamu semua saya ingin minta maaf jika saya ada buat dosa kepada kamu, jika saya ada terambil hak kamu saya mohon kamu halalkan, kalau ada sebarang masalah jangan segan silu untuk berjumpa dengan saya. InsyaAllah mana yang saya boleh tolong saya akan tolong"



Setelah hampir 4 tahun mama menjadi seorang pensyarah inilah kali pertama mama meminta maaf secara ikhlas dan terbuka kepada anak murid mama. Sebelum ini mama adalah seorang yang ego untuk meminta maaf selagi tidak jelas bahawa mama yang bersalah memang mama tidak akan minta maaf. Bagi mama pelajar harus memahami dan menerima style pengajaran mama. Hanya dengan itu mereka layak untuk mendapat A dalam subjek yang mama ajar. Mama tidak merasakan yang mama ada buat dosa dan perlu meminta maaf kerana hubungan di antara mama dengan mereka hanyalah hubungan professional di antara pelajar dan pensyarah. Hanya setelah peristiwa pemergian arwah kak izzati baru mama tersedar yang mama terlalu ego. Sewaktu mama berada di sisi arwah ketika sedang sakit, arwah sentiasa memohon maaf daripada semua individu yang datang melawatnya sahabat, pesakit, rakan sekerja, ahli keluarga pendek kata semualah. Dalam hati mama terdetik adakah mama akan dapat peluang seperti ini, sebelum meninggal dapatkah mama meminta maaf kepada semua individu yang pernah berkecil hati dan marah dengan mama?


Alhamdullilah setelah peristiwa tersebut, mama menyedari betapa istimewanya lafaz maaf itu. Terutama apabila kemaafan itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas dan rasa rendah diri. Mama mengakui adakalanya mama keras kepala. Bagi mama kalau bukan mama yang bersalah buat apa mama minta maaf. Meskipun dengan abah situasi ini tetap sama. Memang biasanya mama yang akan minta maaf dahulu jika ada perselisihan faham. Tetapi sebelum ini maaf itu dilafazkan bukan dengan hati yang ikhlas hanya dilafazkan untuk pendamaian. Hanya selepas pemergian arwah setiap lafaz yang keluar dari bibir maaf adalah maaf yang disulami dengan keikhlasan dan rasa rendah diri. Alhamdullilah mama dapat rasakan kehidupan mama menjadi lagi indah terutama dalam kehidupan rumah tangga mama. Kalau dahulunya bila mama berselisih pendapat dengan abah hanya setelah satu jam baru kami akan berdamai, kini proses pendamaian dapat disegerakan dan kehidupan kami menjadi lebih bahagia. Mama begitu mengharapkan agar mama dapat memberi ketenangan kepada abah. Apabila abah tenang secara automatik mama turut tenang dan bahagia. Harap perubahan ini akan berpanjangan sehingga ke akhir hayat mama.


Surah al-Rum: 21


Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Allah jadikan daripada kamu isteri-isteri untuk kamu agar kamu berasa tenang dengannya dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih Sayang."



Thursday, April 9, 2009

Spouse Tag

Here's a tag to measure how well you know about your spouse.

Rules:Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

*1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Ofcourse sportchannel - any type of sports but his favourite is soccer snd squash..

*2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Well he does not eat salad and he dislike western food...most probably he will not eat the salad at all (my spouse is a very malay guy if it is ulam then he will eat it dressing sambal belacan hehe...)

*3. What’s one food he doesn’t like?
Japanese food (nak suruh try pun taknak..huhu..) and western food esspecially food with cheese eh dah more than one ni..hehe

*4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
He loves fruit jus his favourite will be watermelon..sometimes he will order teh O...certainly no drinks with milk

*5. Where did he go to high school?
Madrasah Idrisiyah Kuala Kangsar and Kolej Islam Klang (yup a full product from sekolah agama)

*6. What size shoes does he wear?-
7... if not mistaken *wink*

*7. If he was to collect anything, what would it be?
If we are rich ofcourse it will be cars for now he always say that he want a collection of mechanical engineering books esspecially books about O&G equipment dll (the books are very expensive..last year we have already spend about 2k)

*8. What is his favorite type of sandwich?
Sardine Sandwich (^_^)

*9. What would this person eat every day if he could?
emm maggi he just love eating maggi...but ofcourse i wont let him, strictly once a month

*10. What is his favorite cereal?
He does not eat cereal...sometimes he will eat he son's koko crunch...hehe

*11. What would he never wear?
Strictly no pink clothes

*12. What is his favorite sports team?
Barcelona he will wake up in the middle of night just for Barce

*13. Who did he vote for?-
I know his vote..but Undi adalah rahsia...

*14. Who is his best friend?
Me *wink* seriusly it is me...like me he does not have any close friend/best friend

*15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Show a sad or tension face..if he see me in this mood terus je dia akan sound...tapi ade ke orang yang sentiasa tersenyum every single day...huhu

*16. What is his heritage?-
Kuala Kangsar Perak...

*17. What is his favorite colour?
Grey

*18. What is his habit?
emm make noise bila rasa gatal kerongkong...

*19. What is he proud of?
His undergraduate achievement - manage to graduate as a first class mechanical engineering student-His ability in playing squash and ofcourse his two sons and ME *wink*

*20. Lastly, do you think he will read this?
well when i was typing just now he was beside me...he had read some of it...but i think he does not read my blog...tak taula if secretly he does ;P

ok...time to tag other people...

1. Ida...if free
2.Ani my dear sister...(just got married last february..trylah hehe)
3.kak hana...if free..


Good luck...take care

Sunday, April 5, 2009

Our Relationship

We were close…yes we grew up together arwah is just 2 years older. We grew up in the same generation playing kondo kondi, baling selipar, lompat getah, watching mero attack (Japanese drama about volley ball), Full House, Beverly Hills dll. Our preferences are the same we love the same song, same drama, same food …mostly everything. We sleep in same bedroom since I can remember, we share the same bed the same pillow the same wardrobe we even wear the same clothes … we share all our stories together about our crush, our classmate, friends, dreams, problem, hopes, hardship…again mostly everything. But yes she was the nice one. If she have something that I want, she will give it to me after a fight she will be the first one to apologized. She will cry when I cry and laugh when I laugh. I was there when she fall in love with her husband I knew all her fight and happy moments. I still remember how she persuades mama to get married early and I still could visualize how happy she was when she got married. After her marriage in the early years we were still close together. We still share our stories. There was one time we talked in the commuter until we didn’t even noticed that we have already reached the last station. But then after a few years of her marriage we started to keep our own secret. We were not as closed as before. No we didn’t have any fight but we just became distance. I believed that she have put a certain gap since she is somebody's wife. Although we were not as close as before still whenever we meet we will have our long talked (more about my stories) and she still ask my help when she is in need. But no more sharing secrets the distance becomes more obvious when I got married and started working in kertih. We both were married and have to spend time not just with our family but also with our new family (in laws) so we seldom meet. After I got married she becomes closer to my dear sister Ani who was not married at that time. I am glad that whenever she is in need beside my parents my dear sister will be there to the rescue. I do still hope it was ME, but what to do I am already somebody’s wife and she feel more comfortable in asking Ani’s help. I do miss the old times and hopes that we will be closed together like before. Allah knows the best. In this life this hope will never be coming true as she had left this world. I could only pray that one day in the afterlife the eternal life we will meet again and I be a part of her life again. I miss you dear sister and really feel a big lost….akak izzati harapnya kasih sayang kita akan berpanjangan hingga ke syurga…

7 Tahun - Berjuang

Arwah a.k.a akak izzati disahkan mempunyai kanser Payudara sejak 7 tahun yang lalu. Di sini mama ingin titipkan ketabahan arwah mengharungi segala kesakitan dan kesusahan untuk menyembuh penyakit yang dialaminya. Mama begitu bangga dengan ketabahan, semangat dan kekuatannya. Arwah merupakan seorang individu yang sangat hebat mama begitu mengaguminya, sepanjang tujuh tahun ini tidak pernah arwah berasa resah dan mengeluh tentang sakit dan keadaannya. Arwah hanya mengungkapkan bahawa sakitnya ini adalah kifarah buatnya. Tidak sesekali arwah menangisi nasibnya. Arwah sentiasa redha dengan kehendak Allah. Arwah pasrah dan sentiasa tanamkan dalam hatinya hanya Allah tahu apa yang terbaik untuknya dan Allah adalah Maha Pengasih dan Penyayang.

Sebenarnya sebelum tujuh tahun yang lalu lagi arwah sudah pun menyedari yang beliau mempunyai lump di payudaranya. Mama masih ingat lagi kata-kata arwah selepas dia balik daripada medical checkup sebelum memasuki matrikulasi pada tahun 1999
"upa nak tau tak, doktor cakap kan dekat dada akak macam ada somethinglah, doktor suruh akak datang balik nanti untuk buat checkup"
"ooo yeke, doktor ade cakap tak yang benda tu bahaya"
"takde pulak, dia cuma suruh datang lagi"

"takpelah nanti bila free kita pergilah"
Namun sayang kami berdua tidak mengambil peduli sangat saranan doktor tersebut, arwah tidak membuat follow up. Mama pulak begitu ignorance, tidak mengingatkan arwah supaya buat checkup yang kedua ~sigh~ kemudian dalam tahun yang sama ada juga arwah bercerita dengan mama yang arwah rasa dia ada lump di payudara kirinya. Pada ketika tu mama begitu jahil sekali pasal kanser payudara, tidak terdetik pun di dalam hati mama bahawa lump itu bahaya dan itu adalah tanda seseorang mempunyai kanser payudara. Sekali lagi perkara tersebut dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Pada tahun 2000 setelah arwah berkahwin, arwah menceritakan balik kepada mama mengenai lump di payudaranya, arwah mengatakan yang lump di payudaranya makin ketara dan suaminya juga perasan yang beliau ada lump. Pada ketika ini mama menyarankan agar dia pergi jumpa doktor untuk dapatkan nasihat doktor. Kami berdua begitu jahil, kami tidak terfikir sama sekali bahawa lump itu boleh membawa maut.

Sekitar tahun 2002 sewaktu mama berborak dengan nenek (my mother) mama memberitahu yang arwah mempunyai lump di payudaranya, muka nenek terus berubah dan menyarankan agar mama membawa arwah pergi berjumpa doktor secepat mungkin. Nenek terus telefon arwah dan suruh beliau pulang segera. Pada mulanya arwah agak keberatan untuk berjumpa dengan doktor setelah dipaksa oleh nenek maka arwah pun bersetuju. Pada malam tersebut mama membawa arwah ke klinik yang berdekatan. Arwah kata doktor tu nampak serius je, dan suruh arwah ke hospital besar segera untuk dapatkan pemeriksaan yang selanjutnya. Oleh kerana pada ketika itu arwah sedang bertugas sebagai farmasi pelatih di Hospital Putrajaya segala pemeriksaan dilakukan di situ dan keputusan hasil pemeriksaan dapat diperolehi dengan cepat. Dalam masa seminggu keputusan sudah keluar dan Arwah disahkan mempunyai kanser payudara pada stage yang ketiga ~sigh~

Sewaktu berita itu disampaikan oleh arwah kepada mama arwah kelihatan tenang sekali. Dengan bersahaja arwah menerangkan mengenai penyakitnya telah sampai ke stage yang ketiga sebab sel kanser tu dah merebak ke paru-parunya dan beliau kena buat rawatan kemoterapi dan selepas tu kena buat surgeri untuk membuang sel tersebut dari tubuhnya.

"Takpe upa, insyaAllah lepas dah buat treatment sembuhlah, upa jangan risaulah".
Setelah mendengar kata-kata tersebut mama pun rasa ok dan tak risau. Mama begitu jahil sekali tentang kanser dan menganggap kanser ni tak begitu merbahaya. Setelah hasil keputusan diperolehi doktor terus sahaja melakukan kemoterapi. Arwah terpaksa melalui 7 cycle of chemotherapy. Pada hari pertama beliau membuat kemoterapi mama bersama dengan hembah (my father) dan nenek menghantar dan mengambilnya di hospital, arwah kelihatan ceria sahaja walaupun pada pagi tu arwah membuat rawatan kemoterapi. Pelik selalunya orang kata kemoterapi ni sakit, emm dalam hati mama anggap yang kemoterapi ni ok kot takdelah teruk sangat. Namun setelah arwah melalui cycle yang keempat arwah kelihatan lemah sekali dan asyik termuntah. Baru mama tahu betapa sakitnya rawatan yang terpaksa arwah tempuhi. Namun arwah tetap tabah dan kuat, arwah tetap melakukan rawatan tersebut hingga ke akhirnya. Arwah berjuang untuk hidup. Kesian arwah tidak dapat menghadiri majlis konvokeseyen pada tahun tersebut. Namun kami sekeluarga tetap meraikan hari tersebut. Nenek menghadiahkannya sejambak bunga dan arwah tetap di bawa ke studio untuk bergambar kenangan. Arwah begitu ceria sekali pada hari tersebut. Alhamdullilah arwah tetap berjaya memperolehi ijazah meskipun sudah bergelar seorang isteri sejak tahun satu pengajian lagi.
Pada awal tahun 2003 arwah telah melakukan surgeri untuk membuang sebelah payudaranya yang mempunyai sel kanser tersebut. Meskipun berat hati untuk melakukan surgeri tersebut arwah tetap meneruskannya. Nenek, Suaminya dan mama ada di hospital untuk menemaninya. Sebelum masuk ke bilik pembedahan arwah sempat bergurau lagi dengan mama dan nenek. Arwah begitu tabah sekali. Alhamdullilah setelah melalui semua treatment tersebut Doktor mengesahkan yang arwah sudah free from sel kanser. Alhamdullilah pada ketika itu mama menganggap yang arwah adalah salah seorang breast cancer survival.

~2004 - Ceria di Hari Pertunangan Mama~

Di awal tahun 2005 arwah disahkan mengandung, meskipun mendapat tentangan daripada doktor arwah tetap meneruskan kehamilan beliau. Doktor menyarankan agar arwah hamil setelah 5 tahun. Namun arwah begitu inginkan seorang zuriat maka arwah sanggup menanggung risiko demi anak yang dikandungnya. Arwah sanggup berkorban untuk anak yang belum arwah temui (hati seorang ibu). Proses kehamilannya bukanlah mudah, pernah arwah pengsan kerana berasa amat sakit di tangan belah kirinya (di belah payudara yang telah dibuang). Alhamdullilah pada 16 september 2005 hasil cintanya telah lahir ke dunia Ain Sofiya Insyiroh Binti Khirul hafiz.


* 2005 di hari perkahwinan mama
~ Arwah berjubah hitam tengah sarat mengandung ~

Setelah bersalin arwah tetap menyusukan anaknya, arwah begitu menyayangi anaknya. Setelah dua bulan menyusukan anaknya arwah pergi ke hospital untuk membuat followup. Doktor mendapati yang di dalam tubuhnya sel kanser telah ada semula. Sekali lagi beliau perlu membuat kemoterapi dan kali ini perlu membuat radioterapi di bahagian lehernya untuk membunuh sel kanser. Arwah terpaksa berulang alik ke hospital agar dapat meneruskan hidupnya. Arwah tidak pernah merungut atau mengeluh, setiap rawatan dilalui dengan tabah meskipun perlu menangggung kesakitan. Setelah melalui semua rawatan yang disarankan arwah kelihatan kuat dan ceria semula. Rawatan kali kedua ini dilakukan pada tahun 2006.





* Ceria Di Pagi Raya 2006* ~Insyiroh telah berusia 1 Tahun~


Pada tahun 2008 sekali lagi, doktor mengesahkan yang tubuh arwah masih mengandungi sel kanser. Sekali lagi arwah perlu melakukan rawatan kemoterapi di HKL. Nenek dan Mama ani setia menemani arwah click pada ketika ini mama berada di kertih tidak dapat meninggalkan khaizuran (masih bayi) dan sudah pun mengandungkan khairin. Namun tiap kali pulang ke KL mama akan pergi menziarahi arwah. Setalah menempuhi semua rawatan Alhamdullilah arwah kelihatan ceria, kuat dan bersemangat kembali.


* Ceria bersama anaknya pada 1 syawal 2008*


*Bersama Keluarga tercinta *


Di awal tahun 2009, arwah sering berasa pening dan arwah tidak dapat mengawal keseimbangan tubuhnya. Arwah pergi ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Doktor mengesahkan yang sel kanser telah ada di otaknya ~sigh~ arwah perlu melakukan radioterapi untuk membunuh sel tersebut. Sekali lagi arwah perlu menempuhi rawatan yang begitu menyakitkan. Arwah tetap melaksanakan rawatan tersebut tanpa mengeluh. Namun bagitu, setelah rawatan ini arwah kelihatan sangat lemah. Kedua-dua tangannya menjadi lemah. Mama berasa risau sekali. Dalam hati mama memang terdetik yang arwah mungkin sukar untuk bertahan lama. Pada awal Februari arwah dimasukkan ke hospital untuk pantauan doktor arwah telah berada di final stage sel kanser telah berada di tulang belakang, paru-paru dan otaknya. Setelah 2 minggu berada di hospital arwah dibawa pulang ke Banting, namun arwah telah terkena sawan sewaktu di rumah. Sekali lagi arwah di bawa ke hospital dan arwah berada dihospital sehingga arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Jumaat - 20 March 2009.


Setiap kali apabila arwah meluahkan yang dia tengah sakit, mesti arwah beristighfar "kenapa akak cakap macam ni". Arwah sememangnya tidak pernah merungut atau mengeluh. Arwah seorang yang kuat dan tabah. Al - Fatihah